7 TEMPAT MAIN SALJI DI MELBOURNE

Musim sejuk di Melbourne ialah dari bulan Jun hingga Ogos. Empat tempat yang pertama dalam senarai ni ialah resort yang dilengkapi dengan accommodation, restoran, cafe dan ada bermacam-macam aktiviti. Selebihnya ialah tempat main salji ‘cukup syarat’ dan dua daripadanya adalah percuma. Walaupun rendah dan tak banyak salji macam kat resort, bandar di sana cantik dan ada tarikan tersendiri.

MOUNT BULLER

Resort yang paling famous antara semua sebab perjalanan yang paling senang dan boleh balik hari. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan ada banyak aktiviti. Menjadi tumpuan pelancong sebab boleh naik bas dari bandar Melbourne.

Buller Village, paling crowded masa weekend.
Tempat main toboggan untuk kanak-kanak.
Jarak dari bandar Melbourne249 km (3 jam 15 minit)
Bayaran MasukAUD 56
AUD 44 (online)
Aktiviti Toboggan
Sightseeing Chairlift
Ski/snowboard lesson
Lain-lain
Bandar terdekatMansfield

➤ BACA: PANDUAN KE MOUNT BULLER

MOUNT HOTHAM

Mount Hotham ni paling cantik antara semua dan juga yang paling jauh. Dikenali sebagai Great Alpine Road, view sepanjang perjalanan sangat cantik dengan gunung-ganang yang luas. Highlight kedua di sini ialah town Dinner Plain yang unik seperti di Scandinavian lebih-lebih lagi bila ada snowfalls dan semua kawasan diliputi salji.

Perjalanan ke Mount Hotham akan melalui pergunungan ni. Boleh berhenti di tepi jalan untuk ambil gambar.
Airbnb di Dinner Plain, pengalaman yang menyeronokkan.
Jarak dari bandar Melbourne 375 km (5 jam)
Bayaran MasukAUD 50 (online)
Aktiviti Sightseeing chairlift
Snow mobile
Toboggan
Ski/snowboard
Lain-lain
Bandar terdekatBright
Harrietville
Dinner Plain

➤ BACA: PANDUAN KE MOUNT HOTHAM

FALLS CREEK

Terletak di kawasan yang sama dengan Mount Hotham. Resort yang sederhana besar, kids friendly dan sesuai untuk yang sukakan adventure sebab ada banyak aktiviti menarik di sini yang takde di resort lain seperti fat biking, snow biking dan snow tubing.

Ada banyak accommodation, cafe dan kemudahan lain.
Fat biking yang nampak senang tapi sebenarnya susah. Mesti berada di trek yang betul.
Jarak dari bandar Melbourne 386 km (4 jam 30 minit)
Bayaran MasukAUD 52
AUD 49 (online)
Aktiviti Fat biking
Scenic chairlift ride
Toboggan
Snow tubing
Ski biking
Snow mobile
Ski/snowboard
Bandar terdekatBright
Mount Beauty

BACA: PANDUAN KE FALLS CREEK

MOUNT BAW BAW

Mount Baw Baw ni biasanya local je pergi sini sebab tak commercialize untuk pelancong. Resort yang kecil dengan persekitaran ala-ala countryside dan tak crowded. Kawasan salji pun luas dan banyak tempat nak guling-guling ambil gambar. Pendek kata kat sini feeling macam kat kampung dan boleh buat macam rumah sendiri sebab tak ramai orang.

Mount Baw Baw lebih kepada snow village dengan harga accommodation yang berpatutan.
Howling Huskies sledge tour.
Jarak dari bandar Melbourne 177 km (2 jam 50 minit)
Bayaran MasukAUD 56
Aktiviti utamaSnow shoeing
Toboggan
Sled Dog Tours -Howling Huskies
Ski/snowboard
Bandar terdekatTiada

BACA: PANDUAN KE MOUNT BAW BAW

LAKE MOUNTAIN

Lake Mountain ni famous jugak sebab dekat dengan bandar Melbourne. Kawasan yang sangat kecil dengan dua tempat main toboggan. Aktiviti paling menarik di sini ialah snow hiking. Bandar yang terdekat adalah Marysville, ada air terjun Stevenson Falls.


Kalau plan hiking di sini pastikan pergi masa cuaca elok dan sehari selepas snowfalls, baru cantik sebab ada banyak snow.
Stevenson Falls, untuk tengok je tak boleh mandi sebab ada penghadang.
Jarak dari bandar Melbourne120 km (2 jam)
Bayaran MasukAUD 56
Aktiviti utamaSnow hiking
Toboggan
Cross country skiing
Bandar terdekatMarysville

MOUNT DONNA BUANG

Kalau nak datang untuk semata-mata nak merasa main snow dan bergambar boleh ke sini. Dekat dengan bandar Melbourne dan percuma. Ada juga tempat main toboggan untuk kanak-kanak. Pastikan tengok weather forecast dulu sebelum datang sebab kawasan ni rendah bukan setiap hari ada fresh snow di sini.

Ada kawasan luas dengan salji dan boleh panjat menara tengok pemandangan dari atas.
Highlight di sini selain Donna Buang ialah bandar Warburton yang cantik. Boleh berkelah di tepi sungai.
Jarak dari bandar Melbourne 100 km (1 jam 40 minit)
Bayaran MasukPercuma
Aktiviti utamaToboggan
Panjat menara
Bandar terdekatWarburton

MOUNT BUFFALO

Mount Buffalo ni dekat dengan Bright. Boleh singgah ke sini kalau bemalam di Bright, dah dekat dengan Mount Hotham dan Falls Creek. Masuk percuma tetapi sama seperti Mount Donna Buang, pastikan tengok weather forecast dulu before datang. Tapi kalau takde snow pun takpe sebab kawasan sini memang cantik, ada Lake Catani dan look out untuk tengok pemandangan.

Takde tempat khas main toboggan. Ikut je kat mana orang main.
Lake Catani, tasik yang cantik boleh pergi masa turun dari Mount Buffalo. Berkelah di sini pun boleh.
Look out dari Mount Buffalo. Tengok signboard untuk ke sini dan sebaiknya pergi tengahari elak kabus.
Jarak dari bandar Melbourne 350 km (4 jam)
Bayaran MasukPercuma
Aktiviti utamaToboggan
Bandar terdekatBright

➤ BACA: 10 TIPS MAIN SALJI DI MELBOURNE

1 thoughts on “7 TEMPAT MAIN SALJI DI MELBOURNE

Comments are closed.