PANDUAN KE MOUNT BULLER

PERJALANAN

Perjalanan mengambil masa selama 3 jam dari Melbourne ke Mansfield mostly melalui highway. Seterusnya lagi 40 minit untuk sampai ke Mount Buller. Jalan akan mula berliku selepas melalui gate masuk. Dah sampai atas, park kereta di Horse Hill Car Park (ada staff yang akan tunjuk di mana nak parking) dan naik free shuttle bus untuk ke Buller Village.

Tour bus pun ada direct dari Melbourne dengan harga bermula dari AUD 45 seorang. Boleh beli tiket online kat sini atau walk in.



Beroperasi sehingga pukul 6 petang.

PLAN HARI YANG SESUAI

Jangan pergi masa weekend atau public holiday sebab masa weekend local pun datang main ski dan rombongan pelancong pun ramai dengan bas masing-masing. Sangat crowded, pukul 9 pagi parking dah penuh. Selalunya sama ada kena parking kat bawah atau tak dibenarkan masuk langsung. Nak sewa baju pun queue sangat panjang. Jadi pastikan plan betul-betul hari apa nak datang supaya tak kecewa.

Mount Buller ni tak perlu bermalam sebab dekat je boleh balik hari. Untuk kepuasan maksimum gerak seawal pukul 6 pagi, dan boleh main salji puas-puas sampai petang.

Parking ada banyak, tapi kalau weekend parking penuh tak boleh naik.

AKTIVITI

Aktiviti wajib kat sini ialah main toboggan dan sightseeing chairlift. Sightseeing chairlift terletak di Horse Hill Car Park. Lepas park kereta tu boleh terus jalan ke sana, tak perlu naik shuttle bus.

Tempat main toboggan untuk orang dewasa di Horse Hill Snow Play Park, lebih curam dan lebih seronok. Manakala, tempat main toboggan kanak-kanak di Buller Village. Semua kemudahan ada di village tersebut seperti restoran, meja makan (kalau bawa bekal) dan kedai souvenir.

Tangga turun untuk sightseeing chairlift, AUD 20 seorang pergi balik.
Kalau cuaca elok dan tak berkabus boleh nampak pemandangan macam ni. Elak naik masa snowfalls.
Turun kat sini untuk main toboggan. Nak jalan kaki dari car park pun dah dekat.
Tempat toboggan untuk orang dewasa, memang puas hati.
Tempat toboggan untuk kanak-kanak di Buller Village.

SEWA BAJU

Sewa baju dan snow chain dekat Mansfield, bandar sebelum ke Mount Buller sebab kalau sewa kat Mount Buller harga lebih mahal. Biasanya kami sewa di Alzburg Resort sebab senang nak parking untuk ambil dan return barang. Kalau sewa ski atau snowboard kat sini, dapat snowchain percuma (sewa). Harga sewa seperti di bawah. Kalau nak survey tempat sewa lain pun ada banyak di Mansfield tu.

Toboggan AUD 14
Walking BootsAUD 16
Jacket & PantsAUD 39
Jacket or PantsAUD 27
Snow ChainAUD 23