10 TIPS MAIN SALJI DI MELBOURNE

  1. Lake Mountain, Mount Donna Buang dan Mount Buffalo tu rendah je so kena tengok weather forecast sebelum pergi. Pergi masa snowfalls atau sehari lepas snowfalls.
  2. Snowfalls memang best tapi kalau lebat sangat aktiviti akan terbatas. Sakit mata, tangan beku nak ambil gambar, kamera basah dan kabus tebal.
  3. Pergi awal dan turun awal (sebelum pukul 4 pm) sebab malam cepat. Bila gelap susah nak memandu di jalan yang berliku.
  4. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Pastikan semuanya waterproof. Ini sangat penting untuk menjamin keselesaan dan boleh main salji lama-lama.
  5. Paling senang sewa je pakaian dan kasut khas yang dijamin selesa. Sewa di bandar terdekat lebih murah dan ada banyak pilihan berbanding dengan sewa kat resort. Tapi lebih jimat la kalau ada pakaian sendiri.
  6. Option lain ialah membeli baju sejuk dari kedai bundle seperti di Sasuke Premium Bundle (ada banyak cawangan di Malaysia) atau Savers di Brunswick. Kedai bundle paling famous di Melbourne dengan harga berpatutan. Boleh naik tram ke sini dari bandar Melbourne.
  7. Beli tiket online lagi murah untuk Mount Buller dan Lake Mountain tapi mesti beli sekurang-kurangnya sehari sebelum pergi. Bulan September kadang-kadang masih ada snow lagi di Mount Buller dan harga masuk jadi AUD 28 sebab luar musim winter.
  8. Bawa bekal sebab makanan agak mahal di restoren dan tak banyak pilihan halal selain seafood.
  9. Bila kena sewa snowchain pastikan tengok demontrasi cara pasang yang betul. Kalau tak tau pasang jugak boleh tanya orang sekeliling.
  10. Kalau plan untuk bermalam di resort, book 4-5 bulan awal sebab selalunya cepat penuh. Lagipun kalau book awal boleh dapat harga yang lebih murah berbanding last minute.

➤ BACA: 7 TEMPAT MAIN SALJI DI MELBOURNE