Musim luruh atau lebih dikenali sebagai musim autumn di Melbourne adalah yang paling cantik di Australia. Waktu yang paling sesuai di mana daun-daun bertukar warna sepenuhnya ialah pada pertengahan April hingga pertengahan Mei. 3 tempat di bawah merupakan tempat utama yang perlu dimasukkan di dalam itinerary jika tujuan anda datang ke Melbourne untuk menikmati musim luruh.
MACEDON RANGES
- Sejam dari bandar Melbourne.
- Dikelilingi dengan warna-warni autumn. Kat tepi jalan pun boleh berhenti untuk ambil gambar. Kat depan rumah orang pun ada pokok-pokok autumn yang cantik, kena pandai cari angle untuk ambil gambar.
- Tempat paling ramai orang kunjungi di sini ialah Honours Avenue tapi kena datang betul-betul pada masa yang sesuai. Datang awal sangat daun belum bertukar warna dan datang lambat sikit, tinggal sisa-sisa daun je kat pokok.
- Ada 2 taman yang cantik dan famous iaitu Tieve Tara dan Forest Glade Garden dengan bayaran masuk AUD 10.
BRIGHT
- 3 jam dari bandar Melbourne. Paling jauh dan paling berbaloi.
- Setiap tahun ada Autumn Festival, selalunya pada pertengahan April. Ada bermacam-macam aktiviti dan juga persembahan.
- Boleh bergambar di tepi sungai berlatarkan warna-warni autumn.
- Tarikan utama Centenary Park dan Canyon Walk. Boleh park kereta dan jalan kaki sambil menikmati pemandangan dan menghirup udara segar.
- Selain itu boleh singgah di Mount Buffalo dan ambil gambar pemandangan di lookout yang disediakan. Dekat sini juga ada tasik yang cantik iaitu Lake Catani.
- Terdapat banyak kampung kecil yang cantik seperti Porenpunkah dan Bogong Village. Kalau bermalam boleh cover semua tempat ni.
- Terdapat banyak accommodation dengan harga berpatutan untuk dipilih.
DANDENONG RANGES
- Sejam dari bandar Melbourne.
- Ada 2 taman yang boleh masuk secara percuma iaitu George Tinsdale Garden, dan yang paling famous Alfred Nicholas Garden. Jangan datang masa weekend sebab susah nak cari parking dan ramai orang.
- Selain itu boleh juga ke Cloudehill Gardens dengan bayaran masuk AUD 10. Lepas ke sini boleh singgah di Olinda, pekan kecil yang cantik dengan kedai-kedai comel yang menjual barang kraftangan. Pasti buat anda rambang mata.
- Aktiviti lain yang boleh dibuat di sekitar Dandenong ialah naik steam train Puffing Billy, bagi makan burung Cockatoo kat Sherbrook Grant dan petik buah di Paynes Orchard.