PANDUAN LENGKAP KE MALDIVES

1. BELI TIKET PROMO AIRASIA

Paling jimat ialah beli tiket masa freeseats, boleh dapat bawah RM 400 return (refer post maldives orang lain sebelum ni). Kalau jenis last minute macam saya beli 2 bulan sebelum harga jadi double tapi masih bawah RM 800 return. Bawa swimming attire yang betul supaya cepat kering. Ni pakaian utama sepanjang kat sini. Tak payah bawa baju banyak pun. Jimat tak perlu check in luggage.

2. AIRPORT TRANSFER

AIRPORT – MAAFUSHI

  • Public Ferry (1 jam 45 minit – 2 jam)

Landing nanti di Valena Airport (Male). Lepas tu kena naik teksi USD 2 (10 minit) untuk ke jeti ‘Maafushi Ferry’ dan kemudian sambung naik public ferry ke Maafushi untuk USD 3. Bila dah sampai Maafushi, boleh jalan kaki je dari jeti ke accommodation. Untuk public ferry make sure tengok timetable untuk plan perjalanan. Hari Jumaat takde public ferry.

  • Speed Boat (30 – 45 minit)

Kalau dah arrange speedboat dengan accommodation nanti ada orang tunggu kat airport. Bila dah sampai Maafushi ada staff dorang tunggu kat jeti tolong bawa luggage dan tunjuk jalan. Hari tu kami sampai malam, jadi dah arrange siap-siap dengan Stingray. Dorang charge USD 25 seorang. Selain tu boleh juga book speedboat online di icomtours.com untuk USD 20.

MAAFUSHI – AIRPORT

Untuk balik tu just ambil airport transfer naik speedboat direct ke airport. Untuk yang ni Stingray charge USD 20 seorang. Kalau ada banyak masa boleh guna public ferry, lagi jimat.

3. ACCOMMODATION DI MAAFUSHI

Masa survey accommodation di booking.com harga paling murah saya jumpa ialah lingkungan RM 200 semalam (Sun Shine View). Selain tu, ada dalam 4-5 hotel budget kat sini dengan harga average RM 250-300 semalam. Kalau solo tu mahal sikit sebab sini takde hostel. Sebelum korang book accommodation tu, baca dulu review dan pilih mana yang berkenan di hati.

Ada budget lebih boleh duduk di accommodation yang dekat dengan Bikini Beach. Area ni pantai cantik dan happening. Kami stay di Stingray, cantik dan sangat recommended. Siap ada free buffet breakfast. Antara hotel di area ni adalah seperti berikut (klik untuk lihat dan book hotel),

Stingray Beach Inn

Triton Beach Hotel & Spa

Arena Beach Hotel

Kuredhi Beach Inn

Shadow Palm

Kaani Grand Seaview

4. INTERNET

Paling jimat guna je wifi kat accommodation. Tapi kalau jenis nak internet 24 jam boleh beli simkad USD 20 (17GB) atau USD 15 (5GB) kat airport. Kalau travel ramai lagi boleh jimat share hotspot.

5. MAKAN

Cara nak jimat pilih accommodation yang ada free breakfast. Lunch memang dah include dengan pakej snorkelling. Jadi tinggal dinner. Sini sekali makan dalam USD 6, buffet USD 12. Saya suggest untuk dinner bawa je maggi, brahim, sambal dari Malaysia. Sebab tak kena tekak sangat makanan kat sini. Tapi ikutlah selera masing-masing.

6. AKTIVITI

WATERSPORTS

Kayak (USD 10) sewa di Arena Hotel, sebab pantai depan Arena ni cantik. Sebaiknya antara pukul 10 am – 12 pm untuk air yang tenang dan warna laut cantik. Tempat lain pun ada juga buat sewa kayak serendah USD 5 tapi pantai depan tu tak cantik sangat. Aktiviti lain pun ada macam jetski (USD 35), parasailing (USD 100), funtube (USD 15) dan banyak lagi. Kalau ambik banyak aktiviti ada harga diskaun.

SNORKELLING TRIPS

Snorkelling trip ni ada banyak jenis dan pergi lain-lain tempat. Sebelum datang tu pastikan dah plan aktiviti dan book awal bila sampai. Antara tempat yang korang boleh survey ialah Icomm dan Salt Beach. Pastikan ambil pakej dari tempat yang proper. Jangan tertipu dengan pakej terlalu murah takut ada udang di sebalik coral.

Semua pakej snorkelling kami ambil di Stingray sebab kami stay kat sana jadi dapat diskaun sikit. Sangat puas hati sebab boat sangat selesa, punctual, snorkelling mask berkualiti, guide yang membantu dan gambar underwater yang dorang ambil memuaskan hati. Berikut ialah review pakej snorkelling yang kami ambil,

HALF DAY (8 AM – 3 PM)

REVIEW: Termasuk 2-points snorkelling (Banana Reef & Turtle Reef), Sand Bank & Dolphin Cruise (USD 30 Stingray, USD 25 Salt Beach). Recommended sebab ada Turtle Reef. Snorkelling kat Maldives ni tak nampak coral yang colourful. Coral banyak luntur disebabkan perubahan suhu laut.

FULL DAY (10 AM – 5 PM)

REVIEW: Termasuk 2-points snorkelling (Coral Reef & Banana Reef), Gulhi Island dan Guraidho Island (USD 50 Stingray, USD 35 Salt Beach). Not recommended sebab Gulhi Island tu cantik tapi sekejap je kat sana dan Guraidhoo Island tu biasa je. Kalau nak cuba yang ni, ambil dengan Salt Beach sebab dorang ada pergi sandbank dan tengok dolphin jugak dalam pakej ni.

SHARK BAY

REVIEW: Termasuk snorkelling dengan sharks, sandbank, Fulidhoo Island dan swimming dengan dolphins (USD 50 Stingray, USD 50 Salt Beach). Sangat recommended. Snorkelling dengan dekat dengan shark dan Fulidhoo Island tu cantik gila!!!Swimming dengan dolphin je susah sebab dolphin tu laju sangat. Masa snorkelling dengan shark follow je guide yang pegang gopro ke mana-mana supaya dapat gambar cantik.

Fulidhoo ialah local island dengan 600 penduduk. Sangat tenang sebab boleh tengok kehidupan locals dan tak crowded dengan tourists macam Maafushi. Dah survey accommodation kat sini dan ada jugak yang budget. Kalau korang ada banyak masa boleh cuba stay di sini. Ada public ferry dan speedboat dari airport. Cuma harga di sini 2x ganda harga Maafushi. Contohnya snorkelling trip dari Maafushi USD 25 kat sini USD 40, airport transfer Maafushi USD 20 sini USD 40.

RESORT DAY TRIP

Resort yang orang selalu pergi ialah Adaaran Ralnalhi (USD 105). Ada banyak lagi resort yang korang boleh pilih ikut kesesuaian budget. Kami hari tu pegi ke Centara Rash Fushi (USD 145), sangat cantik siap dengan unlimited watersports (kayak dan paddleboat) dan lunch buffet yang setaraf hotel 10 bintang.

REVIEW: Kalau korang memang nak travel budget skip je resort ni, kecuali korang memang betul-betul nak bergambar dengan water bungalow tu. Dengan harga rm400-500 seorang untuk day trip agak tak berbaloi sebab ikutkan pantai di local island dan sandbank pun dah cukup cantik. Tapi tak dinafikan suasana dan pantai dekat resort ni memang cantik lain macam. Ikutlah budget masing-masing dalam membuat pilihan.

7. SOUVENIRS

Harga fridge magnet dan keychain paling murah USD 2. Tshirt USD 6 (kids) dan USD 8 (adults). Beli kat kedai kecik senang nak nego dan kalau beli banyak dapat lagi diskaun. Kami beli di kedai sebelah Stingray, dapat free poskad. Kedai buka sampai 8 am – 10 pm.

8. ITINERARY DAN KOS

Contoh itinerary budget bawah RM 1500. Untuk jimat hotel dan airport transfer, pilih sampai flight pagi dan balik flight malam.

Day 1 Arrival (AM). Explore Maafushi.
Day 2 Snorkelling Half Day
Day 3 Shark Bay
Day 4 Kayak. Request late check out. Depart (PM)

Perbelanjaan per person kalau travel berdua dengan itinerary di atas (USD 1 = RM 4)

Tiket flight RM 500 (return)
Accommodation RM 300 (3 malam)
Airport transferRM 125 (return)
Snorkelling Half Day RM 100
Snorkelling Shark Bay RM 200
KayakRM 40
MakanRM 200
Fridge magnet RM 10
TOTALRM 1475 seorang

Dah la murah, tak perlu visa, makanan halal 100%, semua fluent english, layanan terbaik, kids friendly, suhu sama dan soket plug pun sama. Trip ke maldives ni sesuai untuk semua jenis travellers termasuk solo, honeymoon, backpackers, family dan rombongan cik kiah.

INFO PENTING:

Untuk ke sini kena tukar siap-siap RM ke USD. Masa sampai tak perlu tukar ke Rufiya (RF) sebab kat restoran atau kedai dorang terima je USD. Takde beza kalau korang berbelanja guna USD atau Rufiya. Contohnya, harga makanan RF 60, korang boleh bagi je USD 4 (USD 1 = RF 15). Balance boleh request nak USD jugak atau Rufiya.

Kalau taknak bawa cash banyak, bawa je BIGPAY untuk bayar aktiviti etc. Currency pun paling best. Guna referral code ni untuk dapat rm10 percuma YN0WQTVGVO.