PANDUAN MEMILIH ACCOMMODATION

  • Untuk 2-3 orang sesuai tinggal di hotel (tak perlu dapur, biasanya ada free breakfast. Kalau nak budget boleh cari private room di hostel (biasanya shared bathroom dengan orang lain).
  • Untuk 4-6 orang boleh ambil apartment 2 bilik yang ada dapur. Apartment dalam CBD mahal tapi dekat dengan free tram zone dan kedai, tak perlu keluar duit untuk transport. Kurang sesuai untuk yang menyewa kereta sebab parking agak complicated dan mahal kecuali ada disediakan oleh pihak accommodation. Apartment lebih murah di suburbs tapi di luar free tram zone. Sesuai untuk yang menyewa kereta sebab parking senang.
  • Lebih 7 orang, book sebuah rumah di Airbnb. Lebih murah daripada book banyak apartment dan senang untuk yang sewa kereta sebab selalunya Airbnb ada free parking. Airbnb yang murah dan best banyak di luar free tram zone. Jika ada plan untuk naik public transport, boleh pilih Airbnb yang berdekatan dengan train atau tram.

PS, kalau nak merasa pengalaman live like a local, cubalah rumah Airbnb di luar bandar. Rumah design cantik dan elegan. Kalau ada roadtrip seperti ke Great Ocean Road, boleh cari Airbnb yang berdekatan pantai atau ladang. Memang berbaloi!