12 TIPS KE ALBERTA

1. VISA

1st of all sebelum beli tiket make sure fulfill requirement ni,

  • Duit dalam akaun min RM 30k, ada orang statement bawah RM 15k pun boleh lulus (combine semua akaun termasuk akaun simpanan dan statement kad kredit kalau ada)
  • Mesti ada employment letter (proof of work)

2. TIKET PROMO

Kami beli tiket Philippines Airlines (PA) RM 2500 return. Beli bulan Nov 2018 untuk trip bulan September 2019. Tapi bila murah ada la cons dia kan. Hadap je yang penting sampai haha harga biasa average RM 3300. Rajin-rajin tengok skyscanner, banyak jugak airlines lain yang murah seperti Air China atau China Southern Airlines.

Untuk tiket domestik harga promo dalam RM 250 one way (Air Transat) dari Vancouver ke Calgary.

Ps, naik PA kena request muslim meal melalui email.

3. SIMKAD

Simkad beli online je kat website helo1010.my, ada free delivery. 5GB cukup sangat sebab semua accommodation ada wifi laju. So update instagram/facebook tu kat hostel je. Seorang je beli & share pun cukup. Simkad ni ada data je, in case of emergency make sure korang standby simkad Malaysia yang boleh roaming untuk outgoing call.

4. OFFLINE MAPS

Ha ni sangat penting. Sebab roadtrip kat Canada tu memanjang takde line (ni pun buat jimat data sebenarnya haha) so sila download offline maps siap-siap kat google maps.

5. ACCOMMODATION

Harga accommodation di Alberta ni agak mahal, average RM 150 seorang untuk dorm kat hostel. Di Lake Louise RM 200 seorang. Tapi saya bagi 10 bintang untuk hostel di sana. Common area & dapur memang best sangat. Katil selesa & toilet bersih. Just make sure hostel korang tu bukan Wilderness Hostel. Hostel memang cantik dalam hutan tapi takde air. Kalau tak kisah tak mandi sehari dua silakan haha

Lagi satu make sure book awal, sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum trip. Accommodation especially hostel laku keras sebab tu yang paling murah. Masa booking atau check in boleh request nak female dorm, tapi kadang-kadang terpaksa jugak ambik mixed dorm. Jangan lupa bawa selipar untuk pegi toilet/shower kat luar bilik.

6. ITINERARY

Total duration termasuk travelling days + timezone difference adalah 12 hari.

Day 1 – KL – Vancouver – Calgary
Day 2 – Canmore
Day 3 – Banff
Day 4 – Lake Louise & Yoho National Park
Day 5 – Lake Morraine
Day 6 – Banff – Jasper
Day 7 – Maligne Lake
Day 8 – Jasper
Day 9 – Kamloops
Day 10 – Whistler – Vancouver – KL
Day 11 – Atas Flight
Day 12 – Sampai KL

Seriously banyak sangat tempat nak explore kat sini. Kena plan betul-betul, jangan terlalu ambitious nak cover semua tempat dalam satu masa. Kalau tak banyak masa, skip je roadtrip Jasper – Vancouver tu.

7. KERETA SEWA, MINYAK DAN PARKING

So ada 2 company pilihan hati. Kalau korang nak hantar kereta tempat yang sama, Route Canada paling murah. Tapi kalau korang nak pick up & drop off tempat yang lain macam kami, guna Avis. One way fee cuma CAD 75 berbanding company lain yang sampai CAD 300. Kami sewa Toyota Corolla dalam RM 300 sehari termasuk full insurance & pre-pay petrol.

Harga minyak berbeza ikut tempat. Average CAD 1.30 per liter. Paling mahal kat Vancouver. Full tank dalam CAD 60. Sepanjang kat sana kami spend RM 400 untuk minyak. Parking di area National Park free tapi Whistler dan Vancouver kena bayar. Nak cari parking pun susah kat Vancouver tu.

8. MAKANAN

Kami tak makan kat luar. Breakfast, lunch dan dinner kami prepare di hostel. Kami beli bahan mentah di Safeway Canmore dan supermarket TGP Jasper. Jangan lupa bawa bekas makanan, sudu, garpu sendiri. Senang nak picnic untuk lunch.

Kami guna paste yang kami bawa dari Malaysia untuk masak. Selain tu bawa sambal hitam, sardin & brahim untuk makan on the go. Time malas tu ada la sekali dua beli Subway or makan burger vegan kat Tim Hortons. 2-2 ni ada merata-rata kat Canada tu.

Ps, kalau korang start roadtrip dari Vancouver boleh beli stok makanan kat Walmart. Ada ayam/daging halal jenama Mina & Zabiha.

9. SOUVENIRS

Poskad dan setem murah boleh beli kat post office dalam supermarket Save-on-Foods, Canmore. Lagi murah dari tempat lain. Fridge magnet murah boleh beli kat Dollar Store, Canmore. Nak banyak pilihan dan cantik boleh cari kat Banff, harga pun okay. Tak murah, tak mahal. Kalau nak borong banyak boleh beli kat Chinatown, Vancouver. Memang murah sangat tapi tulis Vancouver dan Canada je la.

Ps, harga yang tertera tak termasuk tax 12%. Jangan terkejut kalau kat kaunter harga lain. Biasanya produk maple yang takde tax.

10. AKTIVITI

Aktiviti yang best macam kayak, cruise, trekking dan hiking. Plan la aktiviti ikut level stamina masing-masing. Nak sightseeing je pun boleh sebab mostly tempat best dekat je dengan parking. Kami hari tu buat 3 aktiviti yang berbayar iaitu kayak di Lake Morraine, cruise di Maligne Lake dan tengok bear di Wildlife Park, Kamloops. Total habis untuk aktiviti dalam RM 400 seorang.

11. SOLAT

Download apps untuk kiblat dan tanya je kat info centre, gift shop atau local council untuk space solat. Semua very accommodating. Kat Vancouver ada masjid nama Ar-Rahman. Telekung semua ada.

12. CASHLESS SOCIETY

Nak ke sini tak perlu bawa cash banyak. Lagi berbaloi guna Bigpay je sebab currency lagi best. Hostel, minyak, parking etc kami guna Bigpay je. Lagipun kat sini takde minimum amount untuk guna kad dan boleh paywave je. Lagi best pasal Bigpay ni boleh terus split payment dan transfer on the spot. So bila sorang dah tolong bayar, senang yang lain nak transfer terus. Sangat convenient bila travel in group.