ITINERARY 10H9M KE ALBERTA

Day 1 – KL – Vancouver – Calgary

Sampai Calgary dah malam, terus check in hotel. Esoknya baru ambil kerete sewa.

Accommodation – Holiday Inn Express Airport

Day 2 – Canmore

Canmore Town. Poskad dan setem murah boleh beli kat post office dalam supermarket Save-on-Foods. Fridge magnet murah boleh beli kat Dollar Store.
Three Sisters Mountain Village
Grassi Lake- Easy hike dalam 30 minit dah sampai

Accommodation – Hi Canmore The Alpine Club of Canada

Day 3 – Banff & Lake Louise

Masuk Banff kena beli National Park Pass, boleh beli kat gate masuk Banff atau beli online. Group pass $19.60 sehari. Since kami 5 hari dalam area National Park (Banff – Jasper), total dalam $98.

Banff Town. Sini ada banyak pilihan souvenirs, harga average.
Jalan depan sikit ada Bow River. Boleh tengok dari view dari atas jambatan atau turun pegi tepi sungai.
Petang kami singgah Lake Louise. Lepas pukul 7.30 pm tu dah tak ramai orang sebab bus tour semua dah balik, parking pun banyak (start May 2022 kena bayar parking $12.25 per day).
Reflection lagi cantik waktu petang banding waktu pagi.

Accommodation – Hi Lake Louise

Day 4 – Lake Louise & Yoho National Park

Pagi ni kami naik shuttle bus dari Lake Louise Park & Ride sebab time peak hour parking kat Lake Louise sangat limited. 1st shuttle gerak pukul 8 am tapi pukul 7 am kami dah ada kat sana sebab kena queue beli tiket (1st come 1st serve). Harga $8 return. Sekarang dah boleh beli online kat website (start May 2022).

Aktiviti pagi ni hiking ke Lake Agnes (4 km return). Easy hike with awesome view.
Lepas 2 jam sampai ke Lake Agnes. Kat sini ada cafe famous, Lake Agnes Tea House. 1 pot $7 tapi seat limited. Kalau nak try kena datang awal.
Otw turun dari Lake Agnes.
Mirror Lake – masa naik masih berkabus lagi. Ni view masa turun.

Dah setel hiking, chill kejap kat Fairmont Chateau, hotel paling famous kat sana. Dalam ni ada cafe dan ada tempat shopping. Boleh explore tengok interior or lepak je kat lobi. Lepas tu kami sambung perjalanan ke Yoho National Park.

Emerald Lake – selain Lake Louise & Lake Morraine korang wajib singgah sini.
Tak ramai sangat orang & ada walking trail, boleh ambil gambar dari setiap sudut semua cantik!
Sewa canoe kat sini lagi murah dari Lake Moraine.

Accommodation – Hi Lake Louise

Day 5 – Lake Moraine

Hari ni lepas subuh kami terus gerak ke Lake Moraine untuk sunrise, dalam sejam dari hostel. Kat sini kawasan parking luas so tak payah guna shuttle bus. Aktiviti hari ni explore Lake Moraine.

Untuk tengok view ni kena hike Rockpile Trail dalam 25 minit. Kat sini la nak dapat shot cantik. Masa ni sunrise dah ramai orang tunggu. Mostly tempat best dah kena cop dengan tripod.
Berjaya cari spot yang takde orang. Kena jalan sikit atas batu-batuan.
Lepas puas bergambar sambung aktiviti kayuh bot. Latest price $115 per boat. 1 boat boleh naik 2-3 orang.
Then sambung jalan-jalan dari hujung ke hujung.

Accommodation – Hi Lake Louise

Day 6 – LAKE LOUISE – JASPER

Lepas 3 malam duduk hostel yang sama, kami meneruskan perjalanan ke Jasper.

Bow Lake Trail
Peyto Lake
Waterfowl Lake
Saskatchewan River Crossing
View lawa sepanjang perjalanan
Sunwapta Falls
Athabasca Falls

Accommodation – Jasper Downtown Hostel

Day 7 – MALIGNE LAKE

Otw ke Maligne Lake ada sekumpulan Big Horn Sheep di tepi jalan.
Maligne Lake Boat House – dekat sini ada walking trail sementara tunggu nak naik cruise.
Maligne Lake Cruise – wajib naik cruise ni umtuk ke Spirit Island yang famous tu. Harga $72 per person boleh book kat sini. Cruise ni ada masa summer dan awal spring je.
Spirit Island – naik cruise dalam 15 minit sampai sini boleh turun untuk ambil gambar tapi tak lama. Kena cepat cari spot best nak photoshoot.

Accommodation – Jasper Downtown Hostel

Day 8 – JASPER – KAMLOOPS

Hari ni kami explore Jasper Town sebelum keluar dari area National Park dan meneruskan perjalanan 5 jam ke Kamloops. Kat Jasper ni banyak Asian Souvenir Shops kalau tak sempat beli kat Canmore dan Banff.

Accommodation – The Ranchland Inn Kamloops

Pyramid Lake
Stesen Keretapi Jasper

Day 9 – KAMLOOPS – WHISTLER

Aktiviti hari ni singgah ke BC Wildlife Park untuk melawat beruang Canada. Lepas tu sambung lagi 4 jam perjalananan ke Whistler.

Accommodation – HI Whistler

DAY 10 – WHISTLER – VANCOUVER – KL

Hari ni sepatutnya nak naik gondola kat Peak 2 Peak, tapi tak beroperasi pulak hari tu. So kami jalan-jalan kat Whistler Town makan aiskrim dan borong souvenirs murah kat Vancouver. Sebelum ke airport kami sempat singgah ke McArthurGlen Designer Outlet (10 minit dari airport) tengok barang Fossil. Lepas tu hantar kereta dan berangkat pulang.