6 TEMPAT SHOPPING DI MELBOURNE DAN TIPS JIMAT

QUEEN VICTORIA MARKET

Tempat paling murah untuk beli souvenirs. Kalau boleh datang masa weekend untuk harga yang lebih murah. Biasanya harga t-shirt ialah AUD 5 AUD 8 pada hari biasa, tapi boleh dapat AUD 4 masa weekend. Kebanyakan penjual tshirt merupakan orang Indonesia dan mereka memang biasa dengan orang Malaysia. Pusing dulu semua kedai untuk survey harga, lepas tu baru decide nak beli kat kedai mana. Beli banyak di kedai yang sama boleh dapat souvenir percuma. Masa weekend juga selalunya ada festival, ada banyak food truck dan kadang-kadang ada persembahan.

Hari Isnin dan Rabu tutup dan hari lain tutup pukul 2-3 pm kecuali hari Ahad iaitu pada pukul 5 pm. Souvenirs yang orang selalu beli selain T-shirt dan fridge magnet ialah kangaroo skin wallet, sheepskin rug, rantai opal dan almond nougat.

Selain souvenirs, boleh juga beli fresh produce seperti buah-buahan, madu, chesse, roti dan seafood. Madu dan cheese di sini ada banyak pilihan dan murah. Madu paling famous ialah Manuka Honey. Untuk buah-buahan, pergi ke kedai di bahagian belakang untuk dapatkan harga yang murah . Nak lagi murah, datang masa nak tutup. Sama juga untuk seafood, bila nak tutup mereka akan lelong dengan harga yang murah.

Memang rambang mata di sini, biasanya akan ambil masa 3-4 jam untuk shopping. Boleh tengok maps Queen Victoria Market di sini untuk dapatkan gambaran. Bila dah lapar boleh makan borek dengan harga cuma AUD 3 dan jugak ayam goreng famous di The Corner Chicken Shop. Restoren halal paling dekat ialah Pondok Rempah. American Doughnut yang ramai orang berbaris tu tak halal sebab ada menggunakan lard.

DIRECT FACTORY OUTLET (DFO)

Kaki shopping mesti suka ke DFO. Sentiasa ada sale tapi sale paling banyak ialah pada bulan 6 dan bulan 12. Barang utama orang selalu beli di DFO ialah Skechers, Levis, Smiggles, Fossils, Bonds, kasut sneakers (Nike/Adidas/Vans) dan handbag. Ada tiga DFO utama di Melbourne iaitu DFO Southwharf, DFO Essendon dan DFO Moorabin. Paling senang yang orang selalu pergi ialah DFO Southwharf sebab terletak di city dan boleh sampai dengan menaiki tram.

DFO Essendon terletak 15 minit dari airport dan dikelilingi kedai perabot dan elektronik. DFO Moorabin pula terletak di area Dandenong dan berdekatan dengan TK Maxx, kedai yang menjual barang branded dengan harga yang murah. Selain tu, DFO Moorabin pun dah dekat dengan Chadstone, shopping mall paling besar di Melbourne.

Kalau yang ada kereta boleh ke DFO Essendon dan DFO Moorabin sebab ada free parking. Elak ke DFO Southwharf dengan kereta sebab parking mahal. Apa perbezaan tiga DFO ni? Perbezaan yang ketara ialah DFO Southwharf takde corelle dan takde jenama Oroton (handbag jenama Australia). Tapi untuk saiz dan variety, DFO Southwharf lebih besar dan ada banyak jenama. DFO Essendon pula sederhana besar dan yang paling kecil ialah DFO Moorabin.

Lagi satu, kalau anda yang stay di Docksland boleh juga shopping di Harbourtown, ada beberapa kedai factory outlet dan kedai souvenirs (tak murah macam di Victoria Market).

KMART

Ini adalah kedai paling best di Australia. Lebih kurang macam Tesco dan Giant tanpa makanan. Barang-barang semua best, berkualiti dah murah. Memang rambang mata kalau masuk sini. Baju, seluar, kasut banyak bawah AUD 10 dan berkualiti. Barang rumah termasuk barang dapur, elektronik, cadar dan sebagainya pun cantik dan design macam barang ikea. Pakaian budak-budak sangat murah dan banyak pilihan yang cantik. Permainan pun banyak yang murah, best dan berilmiah bukan setakat mainan plastik.

Kmart yang paling dekat dengan city terletak di Brunswick, boleh naik tram ke sana. Kalau ada kereta boleh pergi ke Kmart yang lagi besar di Richmond atau Kmart 24 jam di Campbellfield. Selain tu, kedai yang macam Kmart yang ada dalam city ialah Target dan BigW. Boleh naik tram atau jalan kaki kalau tinggal dalam city.

CHEMIST WAREHOUSE

Peminat perfume memang wajib ke sini. Refer kat katalog untuk tengok barang apa yang ada diskaun extra pada masa tu. Harga sangat murah berbanding di Malaysia. Di sini juga lubuk personal shopper yang selalu ambik order perfume. Jenama di sini bukan saja murah tapi memang original dan berkualiti. Selain tu, Chemist Warehouse ni terkenal jugak dengan segala macam vitamin seperti Fish Oil, Barocca dan produk muka seperti Cetaphil dengan harga yang jauh lebih murah dari di Malaysia. Produk jenama Australia yang famous pun ada seperti Sukin, A’kin, Natio, Aesop, Thursday Plantation dan Lucas Paw Paw.

Kalau ke sini jangan terkejut tengok ramai orang dari China borong vitamin. Memang agak crowded, nak jalan pun susah sebab ruang agak sempit. Chemist Warehouse di city terletak di Bourke St, depan H&M. Selain Chemist Warehouse, boleh juga ke Priceline, area yang sama di Bourke St, lebih besar dan tak crowded. Harga perfume, vitamin dan produk muka lebih kurang sama.

COLES SUPERMARKET

Supermarket di Australia kalau masuk memang susah nak keluar. Harga makanan sangat berpatutan kebanyakan bawah AUD 5. Siapa yang gemar memasak boleh juga beli ayam halal di sini iaitu jenama Lilydale dan Steggles. Tapi jangan terkejut kalau cili, halia mahal di sini. Kalau nak masak kena la masak western style. Paling best kalau ada dapur dengan oven di apartment boleh beli instant brownies, pancakes atau scones. Tinggal tambah telur je boleh terus masuk oven. Hasilnya memang macam jual kat kedai.

Makanan seperti jus, susu, yogurt, beras, cereal, roti memang murah di sini dan ada banyak pilihan. Tak perlu bawa banyak makanan dari Malaysia. Aiskrim, coffee, biskut dan potato chips pun sedap-sedap belaka. Contoh aiskrim sedap Golden Gaytime, biskut sedap Coles Chocolate Chips Cookies dan iced coffee sedap Barista atau Dare. Seperti biasa tengok ingredients dulu sebelum beli, jangan risau kebanyakannya memang boleh di makan.

Selain Coles, supermarket lain yang best ialah Woolsworth dan Aldi. Penggemar chocolate anda wajib ke Aldi sebab chocolate di sana sedap dan murah. Paling sedap ialah Choceur Liviano Wafer Bar (Hazelnut). Selain tu, makanan di Aldi lagi murah dari supermarket lain tapi tak banyak pilihan. Aldi paling dekat di city terletak di Franklin St.

MELBOURNE CENTRAL

Melbourne Central ni mall dalam city. Sesuai nak window shopping sebab harga barang di sini mahal dan tak murah macam di DFO. Selalu ke sini sebab ada Coles dan cinema. Lush pun ada dan harga lebih murah dari Lush Malaysia. Nak makan pun senang ada kebab, subway dan restoren halal di food court.

Melbourne Central ni bersambung dengan Emporium dan boleh tembus ke Bourke St Mall, tumpuan kaki shopping dalam city. Area Bourke St ni ada Target, Chemist Warehouse, Pandora, Priceline dan jenama besar seperti Myers, David Jones, H&M dan Zara. Selain tempat shopping, Melbourne Central juga terkenal dengan Coop’s Shot Tower (gambar di atas) yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Baca di sini.


BONUS

  • Camberwell Market – Untuk peminat barang antik dan barang bundle. Buka hari Ahad sahaja dari pukul 8 am – 1 pm. Boleh naik train ke sini.
  • St Kilda Esplanade – Souvenirs handmade by local. Lagi cantik dan unik. Buka hari Ahad sahaja dari pukul 10 am – 4 pm. Boleh naik tram ke sini.
  • Savers Brunswick – Ada barang second hand yang berkualiti terutamanya jaket dan coat winter. Harga dari AUD 5 ke AUD 20.
  • South Melbourne Market – Ada fresh oysters yang sedap. Ini bukan tempat souvenirs. Lebih kepada market for local. Boleh naik tram ke sini.
  • Chadstone – Shopping mall paling besar di Melbourne. Kalau takde kereta boleh naik free shuttle bus dari Federation Square. Boleh baca maklumat di sini.
  • Collin St – Barang super branded seperti Gucci, LV dan sebagainya. Dalam city, boleh jalan kaki atau naik tram.
  • Airport Westfield – Kalau korang ada kereta dan ada sehari je nak shopping boleh terus ke sini. Ada Kmart, Target, Chemist, Priceline, Bonds, Coles, Aldi, Woolsworth dan dah dekat dengan DFO Essendon. Ada free parking.

➤ BACA: PANDUAN TUNTUT TOURIST REFUND SCHEME AUSTRALIA (TRS)

2 thoughts on “6 TEMPAT SHOPPING DI MELBOURNE DAN TIPS JIMAT

Comments are closed.