PANDUAN TUNTUT TOURIST REFUND SCHEME AUSTRALIA (TRS)

TRS membolehkan pelancong untuk menuntut semula cukai selepas membeli-belah di Australia. Pastikan datang awal ke lapangan terbang untuk uruskan TRS ni sebab selalunya barisan panjang. Kalau sampai lambat iaitu 30 minit dari waktu pelepasan tuntutan tidak akan diterima.

3 SYARAT PENTING

  1. Resit untuk pembelian melebihi AUD 300 sahaja, tapi tak semestinya dalam satu resit asalkan resit tu dari kedai yang sama.
  2. Kalau pembelian melebihi AUD 1000 pastikan resit atau invoice tu ada nama, alamat atau nombor passport. Kalau takde maklumat ni, resit anda tidak akan diterima oleh pihak TRS
  3. Mesti claim dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembelian.

CARA-CARA

1. BARANG CHECK-IN

Sebelum check in, pergi ke pejabat Australia Border Force yang terletak di International Arrival Hall. Dekat sana pegawai kastam akan tengok semua barang, resit dan bagi surat pelepasan (cop resit). Lepas tu boleh check in macam biasa dan tunjuk surat pelepasan (resit yang dah di cop) tu kat kaunter TRS nanti. Kadang-kadang mereka cuma akan check dan cop resit tanpa check barang. Bergantung pada budi bicara pegawai tersebut.

2. CLAIM DI KAUNTER TRS

Kaunter TRS biasanya di International Departure Hall selepas imigresen. Cara paling mudah dan cepat ialah tuntut melalui apps TRS. Cuma isi maklumat dan apabila sampai di kaunter, hanya perlu tunjuk bar code dari apps tersebut, boarding pass, dan barang yang dibeli atau surat pelepasan (resit yang dah di cop) untuk barang check in. Kalau takde apps takde masalah, boleh isi borang dan tunjuk resit macam biasa.

Kalau flight korang awal pagi dan takde orang dekat kaunter, boleh isi borang secara manual dan masukkan resit-resit dalam sampul surat. Dalam masa 7 hari korang akan dapat semula refund. Jangan risau sebab dekat kaunter tu ada semua info untuk membantu anda isi borang tersebut. Untuk refund yang cepat sebaiknya bagi maklumat kad debit anda kerana kad kredit akan mengambil masa sedikit.