PANDUAN DAN TIPS GREAT OCEAN ROAD

PETA PERJALANAN

Plan yang terbaik ialah pergi melalui jalan coastal dan balik melalui jalan dalam. Jalan coastal ni view memang cantik tapi agak mencabar dan tak sesuai untuk yang mabuk darat. Jalan bepusing-pusing melalui tebing dan hutan. Jalan dalam melalui bandar Colac lebih cepat kerana jalan lurus dan takde pit-stop.

MINYAK

Sebelum memulakan perjalanan pastikan minyak kereta penuh, sebab  bila dah masuk coastal minyak mahal. Masa balik tu boleh isi minyak dekat bandar Colac. Harga minyak dalam linkungan AUD 1.30 per liter. Harga minyak berubah-ubah setiap hari dan berlainan di setiap tempat.

Stesen minyak yang selalunya murah ialah Metro dan Liberty (tak banyak cawangan). Lepas tu United, 7-Eleven dan BP. BP ni ada banyak di highway. Caltex dan Shell yang paling mahal. Harga minyak full tank dalam AUD 30 untuk pemanduan 3-4 jam untuk 5-seater dan AUD 60 untuk 8-seater.

DAY TRIP

Kalau ada banyak driver, boleh buat day trip je dengan syarat kena gerak awal sebaiknya sebelum pukul 7 am dah keluar dari bandar. Tapi perlu diingatkan jalan waktu malam sangat gelap dikelilingi hutan sebab takde lampu jalan. Takde masalah kalau dah biasa dan ada gps. Kalau kurang yakin pastikan balik sebelum gelap atau bermalam sahaja. Untuk day trip, boleh rujuk plan perjalanan di bawah.


TempatJarakMasa
Melbourne – Split Point Lighthouse123 km1 jam 40 minit
Split Point Lighthouse – Memorial Arch7 km8 minit
Memorial Arch – Lorne13 km16 minit
Lorne – Apollo Bay47 km1 jam
Apollo Bay – 12 Apostles87 km1 jam 24 minit
12 Apostles – Lord Ard Gorge3 km5 minit
Lord Ard Gorge – Port Campbell7 km10 minit
Port Campbell – Colac78 km1 jam
Colac – Melbourne153 km1 jam 30 minit

BERMALAM

Kalau ada bawa budak-budak, orang tua atau ada seorang je driver, lebih baik bermalam. Ada banyak pilihan accommodation boleh book di booking.com atau Airbnb. Sebaiknya book awal untuk dapatkan harga yang murah.

Biasanya orang akan bermalam di Apollo Bay atau Port Campbell. Kalau anda plan terus ke Great Ocean Road dari Avalon, saya cadangkan untuk bermalam di Apollo Bay. Jika anda plan untuk gerak pagi dari bandar Melbourne, boleh bermalam di Port Campbell. Keesokkan paginya baru sambung ke 12 Apostles untuk tengok sunrise. Masa ni sangat cantik dan tak ramai orang. Dari Port Campbell anda boleh guna jalan dalam melalui Colac untuk balik ke bandar atau ke Queenscliff, untuk menaiki feri ke Philip Island.

Pilihan accommodation di Apollo Bay (klik untuk lihat dan booking)

Pilihan accommodation di Port Campbell (klik untuk lihat dan booking)

Sunrise di 12 Apostles.

PIT-STOP DAN AKTIVITI

Ini adalah senarai tempat-tempat menarik yang disyorkan untuk berhenti di sepanjang perjalanan ke Great Ocean Road. Kalau ikutkan ada banyak bandar dan pit-stop tapi akan memakan masa yang lama kalau nak berhenti di semua tempat.

NATURIPE BACHUSS MARSH ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Bachuss Marsh ni terkenal dengan ladang buah-buahan. Ada 2 ladang yang kerap dikunjungi iaitu Natureripes dan Paynes Orchard. Ladang buka pukul 9 pagi, jadi kalau day trip tu memang tak sempat nak singgah sini dulu.

BulanBuah
Nov – Dec Cherry, Apricots, Nectarines, Plums
Jan Peaches, Nectarines, Apricots
Feb – MayApple & Strawberry
Jun – OctTutup

GREAT OCEAN ROAD CHOCOLATERIE & CREAMERY ๐ŸŒŸ

Boleh breakfast kat sini, sesuai untuk kanak-kanak. Ada macam-macam menu termasuk ice-cream, kedai souvenir dan juga playground.

Boleh beli coklat yang dibalut dengan gambar Great Ocean Road sebagai souvenir.

SPLIT POINT LIGHT HOUSE ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Pemandangan cantik dan boleh naik ke lighthouse. Boleh breakfast di Willows Tea House. Ada coffee yang sedap, hot chocolate dan scones yang dimakan dengan homemade strawberry jem. Confirm terangkat!

Untuk naik ke atas kena bayar AUD 10, nanti ada guide yang bawa. Biasanya guide ada selepas pukul 10 am dan masa weekdays.

MEMORIAL ARCH ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Belajar sejarah kewujudan Great Ocean Road dan ada laluan ke pantai. Sampai sini janganlah ambil gambar terus jalan. Luangkan sedikit masa untuk membaca kisah bekas tentera Australia World War I yang membina Great Ocean Road tanpa sebarang mesin dan teknologi. Memang mengkagumkan!

. Gerbang yang famous menjadi tumpuan instagramer.

KENNETH RIVER ๐ŸŒŸ

Ada banyak burung dan boleh tengok koala liar di pokok, kalau ada rezeki nak nampak. Possibility untuk nampak koala tu 10% je jadi tak singgah pun takpe. Tengok koala di Maru Koala Park je. Burung pun datang ikut mood dorang, tapi selalunya memang ada King Parrot yang colourful tu.

APOLLO BAY ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Tempat transit dan tempat rehat. Sesuai untuk berhenti solat di sini, di taman, di bawah pokok. Ada banyak tempat makan seafood, playground dan pantai yang cantik. Ada satu kedai certified halal iaitu Georges Food Court.

GIBSON STEPS ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Boleh turun ke pantai dan bergambar dekat dengan batu 12 Apostles. Tangga agak curam tak sesuai untuk budak- budak dan orang tua. Tak dibenarkan turun kalau air pasang.

12 APOSTLES & LOCH ARD GORGE ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

2 tempat wajib disinggahi dan paling crowded terutamanya masa weekend. Masa yang ideal sampai ke 12 Apostles ialah waktu pagi atau petang sebab tengahari backlight gambar tak cantik. Lagi cantik datang masa sunrise dan sunset.

Di kawasan Loch Ard Gorge ada juga beberapa lookout lain, tapi ini yang paling famous. Untuk turun ke pantai kena menuruni tangga yang agak sempit masa tengah ramai orang tapi tak berapa curam.

12 Apostles masa sunset dan Loch Ard Gorge ketika laut tenang.

PORT CAMPBELL ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Town kecil yang ada kedai runcit, stesen minyak yang mahal, restoren, kedai fish & chips dan banyak accommodation. Ada tempat BBQ dan boleh picnic di tepi pantai. Banyak burung seagulls dan boleh main di tepian pantai.

Sunset di Port Campbell masa cuaca elok takde awan.

THE ARCH, LONDON BRIDGE & THE GROTTO ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Kalau ada masa lebih, boleh sambung perjalanan ke 3 tempat ni. Antara semua ni yang paling mencabar ialah The Grotto. Kena berjalan menuruni tangga, tak sesuai untuk orang tua.

Dari atas The Arch, London Bridge dan The Grotto.
TempatJarak
Port Campbell – The Arch6.6 km
The Arch – London Bridge1 km
London Bridge – The Grotto2 km
The Grotto – Port Campbell9.6 km