PANDUAN LENGKAP VISA AUSTRALIA

Malaysia adalah 1 diantara 35 negara yang boleh apply visa ETA (Electronic Travel Authority) Australia, tetapi kemudahan ini disalahgunakan oleh 10,000 rakyat Malaysia yang melanggar syarat visa iaitu bekerja dan tinggal melebihi 3 bulan.

Oleh sebab itu, semakin banyak visa pelancong yang tidak diluluskan oleh pihak imigresen Australia terutamanya untuk yang berumur di antara 18-40 tahun. Di sini saya akan menerangkan cara A-Z untuk apply visa Australia dan apa yang perlu dibuat jika visa tidak diluluskan.

STEP 1: CARA APPLY VISA ETA

Sebaiknya apply visa dulu sebelum beli tiket. Ada dua cara untuk apply visa ETA iaitu melalui online atau travel agent. Approval akan dapat dalam masa 24 jam.

TRAVEL AGENTRM 20 – RM 30
VISAKANGAROO.MY
(0182476500)
RM 18 (DISCOUNT CODE: RANTAU)
OFFICIAL IMMIGRATION WEBSITEAUD 20

Maklumat yang diperlukan cuma maklumat passport sahaja. Hanya perlu whatsapp gambar bahagian passport depan, bayar dan tunggu keputusan dalam beberapa jam. Jangan risau jika tidak lulus, pihak travel agent akan bagi panduan penuh untuk rayuan.

Pastikan passport masih valid 6 bulan dari tarikh berlepas. Contohnya plan nak pergi bulan Jun, 2020. Tamat tempoh passport hendaklah tidak kurang dari bulan Disember, 2019.

Visa ni valid untuk setahun dan maximum stay ialah 3 bulan. Jadi memang boleh apply awal sebelum beli tiket. Sebaiknya apply 2-3 bulan lebih awal supaya ada masa untuk membuat rayuan jika visa tidak diluluskan.

Ini contoh visa yang sudah diluluskan. Tak perlu print sebab dah electronically linked dengan passport kita. Pastikan double check nombor passport di dalam visa tu betul.

Faktor-faktor visa ETA tidak diluluskan

  • Passport baru, takde rekod pernah ke negara lain. Jadi dorang akan suspek buat passport semata-mata nak datang kerja di Australia.
  • Ada saudara atau kawan di Australia. Lebih-lebih lagi kalau mereka ada history overstay atau pemegang protection visa. Macam mana pihak imigresen tau? Friendlist facebook dan rekod imigresen.
  • Dah lebih 3 kali apply visa ETA. Visa ETA ni maksimum boleh apply sebanyak 3 kali je. Kalau nak masuk lagi kena apply visa pelancong subclass 600 tu.
  • Info di facebook ada apa-apa berkaitan fruit picking, terrorism, dadah dan lain-lain. Kalau rasa pernah like atau post apa-apa yang berkaitan, sila padamkan sebelum apply.
  • Ada history overstay di negara lain i.e dah pernah kerja illegal di Korea lepas tu nak cuba pulak di Australia. Ini pun dorang boleh detect.
  • Faktor-faktor random yang lain seperti berumur 18-40 tahun, lelaki, keturunan arab, nama ayah sama dengan nama orang yang kena blacklist imigresen, apply ETA banyak kali walaupun dah tau tak lulus dan lain-lain sebab yang tidak diketahui.

STEP 2: CARA RAYUAN VISA ETA

Kalau visa ETA ni tak lulus maksudnya pihak immigresen ada syak wasangka korang nak datang Australia untuk bekerja. Oleh sebab itu mereka memerlukan dokumen tambahan untuk membuktikan yang korang datang memang untuk melancong dan ada kerja/komitmen di Malaysia.

Cara rayuan mudah sahaja, hanya perlu email dokumen yang diperlukan ke pihak embassy dan tunggu keputusan selepas 2 minggu. Dokumen yang perlu di email adalah seperti berikut:

  1. Borang maklumat tambahan ETA. Download di sini dan lengkapkan semua maklumat.
  2. Salinan passport di bahagian biodata dan bahagian belakang (observation page).
  3. Screenshot ETA yang tak diluluskan sebelum ini.
  4. Itinerary sepanjang di sana sertakan sekali booking accommodation dan kereta sewa kalau ada.
  5. Senarai nama dan tarikh lahir keluarga dan kawan-kawan yang ikut serta dalam trip tersebut.
  6. Nama contact di Australia. Untuk maklumat yang ni letak je NO CONTACT. Letak ada contact lagi visa tak lepas.
  7. Maklumat pekerjaan seperti surat cuti yang diluluskan dan slip gaji. Kalau kerja sendiri kena tunjuk business registration dan maklumat akaun syarikat.
  8. Dokumen sokongan (kalau ada) yang menunjukkan ada komitmen di Malaysia seperti loan rumah atau kereta, EPF, ASB dan lain-lain.
  9. Bank statement yang menunjukkan baki dalam akaun. Mesti ada minimum AUD 2000 (tak perlu dari bank yang sama) dan kena ada history cashflow (bukan terus masuk sekali banyak dalam satu transaction). Untuk yang tak bekerja, kena ada surat sponsor dari ibu bapa atau adik-beradik dan sponsor mesti ada bukti kewangan yang kukuh eg. akaun ada RM 10,000 ke atas.

Bila semua dokumen ini dah lengkap boleh email ke etakl@dfat.gov.au

  1. Kena hantar dalam 1 email saja dan sertakan no. passport sebagai tajuk email.
  2. Email tidak boleh melebihi 5MB, jadi kena hantar dalam bentuk zip file. Lihat di sini cara untuk buat zip file.
  3. PALING PENTING – Lepas 2 minggu email semula pihak embassy untuk tanya status. Jangan tunggu pihak embassy email atau call sebab mereka boleh terlepas pandang dan tak update mengenai status application tu.

Maklumat lanjut boleh baca di sini.

Faktor-faktor rayuan tidak diluluskan

Pihak immigration jarang bagitau sebab spesifik kenapa appeal tidak diluluskan. Sebab utama yang mereka bagi ialah dokumen tidak mencukupi. Ada beberapa faktor selain faktor-faktor di atas kenapa rayuan tidak diluluskan seperti,

  • Baki bersih duit dalam bank bawah AUD 2000 (RM 6000). Sebaiknya ada lagi banyak lagi senang lulus.
  • Tidak bekerja dan tiada bukti kewangan yang kukuh.
  • Gaji sikit dan komitmen di Malaysia tak cukup kuat.
  • Travel seorang atau dalam group muda-muda. Mereka akan suspek datang di bawah agent atau kontraktor kerja. Buat masa ni lebih baik datang bercuti dengan keluarga.

STEP 3: VISA SUBCLASS 600

Ini adalah cara terakhir kalau rayuan ETA tak lepas. Biasanya orang apply visa ni sebab dah beli return tiket dan dah plan bercuti bersama keluarga. Cara apply visa ialah dengan lengkapkan borang di bawah, set appointment dan hantar borang dan dokumen tambahan ke VFS Global di Kuala Lumpur. Harga visa dalam RM 600++ bayar di sana. Maklumat lanjut boleh baca di sini.

  1. DOWNLOAD BORANG DI SINI.
  2. SET APPOINTMENT DI SINI.
  3. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN,
  • Salinan passport termasuk muka surat yang ada cop ke negara lain.
  • Gambar passport terbaru (tidak lebih dari 6 bulan)
  • Bukti bayaran visa
  • Bank statement (refer requirement di atas)
  • Surat cuti dari majikan
  • Maklumat itinerary – return flight ticket, booking tempat tinggal, kereta sewa dan lain-lain.
  • Dokumen sokongan (kalau ada) yang menunjukkan ada komitmen di Malaysia seperti loan rumah atau kereta, EPF, ASB dan lain-lain.

Kalau semua dokumen lengkap kelulusan untuk visa lulus tu memang tinggi. Keputusan akan di email dalam masa 2 minggu.

BACA: PANDUAN BERHADAPAN IMIGRESEN DAN KASTAM AUSTRALIA

4 thoughts on “PANDUAN LENGKAP VISA AUSTRALIA

  1. Amir Nur Zahin says:

    Salam Sejahtera. Saya nak tanya Passport saya akan TAMAT pada Feb 2020. Untuk pengetahuan cik saya akan ke Melbourne pada Nov 2019 bermakna passport saya kurang dari 6 bulan. Sekiranya saya renew passport yng baru yang tiada history boleh ke lulus Visa saya? Terima kasih

    • Rantau Oz says:

      Kalau boleh buat passport sekarang dan bagi ada cop negara lain kat passport baru tu. Kalau tak peluang lulus visa tu tipis.

  2. Miza says:

    Hi..
    Sya akn travel ke NZ,tapi akan transit sehari sebelum dn selepas kat australia..dn plan nk explore sydney for dayTrip..
    Nak tya perlu visa ke?

Comments are closed.