1. KAD PENUMPANG MASUK
Di dalam kapal terbang anda akan diberi kad penumpang masuk. Paling penting ialah di muka surat pertama tersebut. Jika anda tidak pasti, jawab sahaja ya untuk elak didenda. Isi siap-siap dalam kapal terbang supaya tak kelam-kabut masa berbaris nanti.
Perkara penting untuk point 1, 2 dan 6,
- Jika ada bawa ubat untuk diabetes dan sebagainya tandakan ya dan pastikan ada surat prescription daripada doktor. Panadol dan ubat biasa yang lain takde masalah, yang penting mesti declare dengan menjawab ya.
- Rokok ni complicated sikit. Ada info bagitau 25 batang je, ada baca info lain 3 kotak tapi berdasarkan pengalaman kawan yang pernah bawa, jumlah yang dibenarkan ialah 37 batang iaitu satu kotak (20 batang) dan lagi sekotak kena buka dan buang 3 batang. Pelik tapi ini yang berlaku. Apa-apa pun yang penting declare, yang lain tu ikut budi bicara pegawai kastam. Jangan bawa berkotak-kotak sudahlah.
- Apa-apa makanan yang ada commercial packaging boleh dibawa seperti Brahim, Sharifah, maggi, minuman 3 in 1, makanan tin, perencah, sambal dan lain-lain.
- Paling penting ialah makanan ni masih dalam kotak atau tin sebab pegawai kastam nak tengok bahan-bahan dalam makanan tu.
- Jangan bawa yang dah buka dan jangan pandai-pandai transfer dalam bekas lain dan buat label sendiri.
- Makanan homemade seperti kuih raya, rendang atau apa-apa bekal dari rumah adalah dilarang sama sekali sebab bukan commercial packaging dan bahan-bahan yang digunakan adalah meragukan. Kalau nak cuba bawa jugak, just declare dan nasib bergantung dengan budi bicara pegawai kastam. Nasib tak baik tak pasal-pasal kena buang je makanan-makanan tu. Membazir.
- Untuk susu formula bayi, bawa dalam tin yang belum dibuka.
- Jangan bawa turun makanan lebih dari kapal terbang. Sekeping roti, uncang teh pun jangan. Boleh didenda minimum AUD 300.
- Telur, susu, buah-buahan dan apa-apa bahan mentah tidak boleh dibawa. Semua ni boleh dibeli di supermarket Coles atau Woolworths je nanti bila sampai Australia. Murah, fresh dan banyak pilihan termasuk organik.
2. PEMERIKSAAN IMIGRESEN
- 1st impression sangat penting. Janganlah pakai selekeh dan kalau rasa rambut atau tudung kusut pergi freshen-up dulu kat tandas.
- Kalau ada cover passport buka siap-siap sebelum bagi kepada pegawai imigresen. Senyum walaupun dorang tak senyum balik dan pastikan ada asas Bahasa Inggeris supaya boleh jawab soalan.
- Soalan yang selalu ditanya seperti berapa lama bercuti, itinerary, tempat tinggal dan lain-lain. Pastikan study dan faham itinerary betul-betul supaya boleh jawab dengan lancar.
- Kalau bercuti bersama keluarga boleh berbaris bersama-sama sebab nanti pegawai imigresen akan tanya datang dengan siapa dan dia pun senang nak tengok.
- Sediakan fail khas letak semua tiket booking, accommodation, return ticket dan lain-lain. Kalau pegawai imigresen minta senang nak tunjuk.
3. PEMERIKSAAN KASTAM
- Lepas ambil bagasi, anda kena melalui kastam untuk pemeriksaan barang. Jika takde bawa apa-apa ubatan atau makanan dan jawab semua tidak di kad di atas, anda akan diberi laluan express lane. So boleh keluar terus je. Selain itu, keluarga yang ada anak kecil pun diberi keutamaan express lane.
- Kalau anda jawab ya untuk mana-mana soalan dalam kad di atas, possibility untuk ditahan dan diperiksa adalah tinggi. Nak bagi senang kerja pegawai imigresen tu, buat list makanan apa yang dibawa dan print siap-siap. Jadi takde la nak kena keluarkan makanan tu satu-satu untuk pemeriksaan. Pegawai kastam pun suka kalau dah ada list, kerja dorang pun senang.
- Kadang-kadang jangan terkejut kalau ada anjing penghidu tu datang, selalunya random je. Selama beberapa kali saya masuk Melbourne, cuma ada sekali je pernah jumpa anjing ni. Siap kena random check lagi walaupun takde bawa apa-apa barang. Ikut nasib juga yang penting jujur dan tak perlu takut.
- Akhir sekali, tengok video di bawah untuk penjelasan lanjut.