TIPS KE PALAWAN

Coron, El Nido atau Puerto Princesca?

  • Coron paling chill dan easily accessible antara semua. Untuk PP & El Nido jiwa kena kental sebab jarak yang jauh. Naik van 5 jam boleh nangis jugak dengan jalan pusing-pusing & bersempit dalam van.
  • Attraction di Coron lebih cantik terutamanya Kayangan Lake. Snorkelling pun lagi best dari El nido, lagi banyak ikan.
  • El Nido sangat crowded sebab semua boat gerak dan sampai pada masa yang sama. Sebab ramai sangat orang susah nak bergambar dan air keruh.
  • Paling best di El Nido ialah aktiviti kayak di Big Lagoon. Memang wajid buat. Dekat Coron takde aktiviti kayak.
  • Underground River PP tu best untuk 45 minit je, tapi perjalanan ambik masa sehari sebab jauh dan banyak singgah sana sini. Tak rugi kalau skip.
  • Di El Nido ada banyak kedai yang best. Malam meriah, banyak pilihan makanan yang boleh makan (halal dan vegetarian) dan kedai souvenirs pun banyak.
  • Coron malam sunyi dan makanan sangat limited. Sebab siang dah banyak aktiviti, boleh rehat je waktu malam.

EXTRA TIPS

  • Selain Manila, boleh juga jadikan Cebu sebagai based sebab tiket domestik dari Cebu lebih murah.
  • Simkad ada jual kat arrival airport. Ada 2 pilihan, Smart & Globe. Pilih Smart sebab coverage globe kurang kat pulau. Masa beli simkad tu setting siap-siap kat sana dan terus cek balance.
  • Palawan ni takde grab. Ada tricycle je. Mesti tau harga supaya tak kena ketuk. Tengok jarak kat google maps, anggaran dalam PHP 10 seorang untuk 1-2 km. 1 tricycle tu max 4 orang yang kurus.
  • Untuk aktiviti island hoping wajib ada aqua shoes. Sebab banyak tempat yang kena jalan atas batu/coral tajam untuk sampai.
  • Tiket Manila ke Coron memang selalu mahal. Kami beli setahun sebelum untuk dapat harga promo cebu pacific.
  • Kalau ada budget lebih atau pegi ramai better ambil private boat. Boleh pilih tempat mana yang nak pegi dan boleh avoid masa-masa yang crowded. Sebab kalau ambil tour biasa korang akan pegi tempat yg sama pada masa yg sama dengan semua group lain.
  • Bawa botol air sendiri sebab kat El Nido tak boleh bawa botol mineral plastik untuk island hopping. Kat sana sangat eco-friendly. Respect!
  • Accommodation kat PP takde air dari pukul 6 am sampai petang. So kena bangun awal mandi awal atau mandi malam siap-siap.
  • Kalau nak jimat lagi ada banyak accommodation jenis hostel yang lagi murah.