ITINERARY 4H3M KE CORON

TRANSPORT

Manila – Coron (1 jam setengah, Cebu Pacific)

ACCOMMODATION

  • Kokosnuss (hipster dan cantik)
  • Balaibinda (dalam town)

MAKANAN

– Old market ada 1 restoren halal.

– Untuk island hopping sama jugak bagitau siap-siap nak halal/vegetarian lunch. Biasanya dorang akan bagi seafood.

ITINERARY 4H3M

Day 1 – Manila – Coron. Hiking Mount Tapyas (sunset) & hot spring.
Day 2 – Tour A
Day 3 – Tour B
Day 4 – Coron – Manila

KOS (PER PERSON)

  • Tiket return (RM 160 – promo beli setahun awal)
  • Accommodation 3 malam (RM 150)
  • Airport transfer return (PHP 300)
  • Hot spring (PHP 350)
  • Tour A (RM 87 – klook)
  • Tour B (RM 102 – klook)
    TOTAL: RM 550 seorang

Tips

  • Untuk airport transfer boleh arrange dengan pihak accommodation. Nanti ada van tunggu kat airport. Airport ke bandar coron dalam sejam.
  • Masa kami pergi Coron tahun 2016, so harga dah banyak berubah. Jadi kat sini saya letak harga latest dari Klook.
  • Zaman tu kami naik private boat, sangat affordable cuma PHP 2000 (RM 160). Sekarang mesti dah naik harga. Untuk island hopping 2 hari tu kami pilih sendiri nak pergi mana.
  • Highlight kat sini ialah Kayangan Lake dan Twin Lagoon.
  • Kalau korang ada extra day, boleh ambil Tour C untuk explore pantai kat sana.
  • Hiking ke Mount Tapyas tu boleh pegi masa 1st day atau pegi lepas island hopping untuk tengok sunset. Lepas hiking boleh terus ke hotspring rendam badan.
Kayangan Lake
Twin Lagoon
Banol Beach