PANDUAN KE HALLSTAT

BANDAR TERDEKAT

Airport paling dekat ialah Salzburg. Beli tiket KL – London. Dari London tu banyak budget airlines ke Salzburg. Dari Salzburg ada bas dan train untuk ke Hallstat dalam 2 jam perjalanan. Boleh jadikan Salzburg sebagai base untuk bermalam. Selain accommodation yang murah, banyak aktiviti boleh buat kat sini. Boleh juga tinggal di Bad Goisern 15 minit dari Hallstat kalau nak explore Hallstat lebih lama.

CARA SENANG KE HALLSTAT DARI SALZBURG

Bas + Train

Tiket bas boleh beli dengan driver bas dengan harga €10.90 one way. Ambil bas no. 150. Bus stop ada banyak boleh pilih yang mana dekat dengan accommodation. Guna google maps je accommodation ke Hallstat dengan bas. Nanti google maps tunjuk bus stop terdekat untuk naik bas tu.

Hari tu saya stay dekat Makartplatz so jalan kaki je ke bus stop di Mirabellplatz. Lepas 1 jam 25 minit, bas akan sampai di train station Bad Ischl. Turun di sini untuk tukar naik train ke Hallstat. Tiket train boleh beli dekat kaunter €5.40 one way dan perjalanan mengambil masa 25 minit.

Train

Naik train lebih murah kalau beli awal cuma €9 one way. Boleh beli online di OBB Apps. Train akan berlepas dari stesen train Salzburg. Lepas tu sampai di stesen Attnang-Puchheim kena tukar train untuk ke Hallstat. Tempoh perjalanan dalam 2 jam.Tiket train tak perlu print. Cuma tunjuk je tiket dekat apps tu kat officer yang check nanti.

Ps, pemandangan sepanjang perjalanan memang cantik lebih-lebih lagi kalau naik bas sebab feeling macam roadtrip. Bas akan berhenti di setiap bandar-bandar kecil sepanjang perjalanan untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Duduk di sebelah kanan untuk view yang awesome. Naik train pun ada juga pemandangan cantik dan lebih selesa.

BOAT DARI TRAIN STATION HALLSTAT KE HALLSTAT MARKT

Untuk sampai ke perkampungan Hallstat (Hallstat Markt) kena naik boat menyeberangi tasik. Bila keluar dari train station Hallstat memang akan nampak tempat tunggu boat ni. Tambang €2.50 one way (Oct 2018). Nak tengok view yang cantik berdiri kat luar, tak payah duduk kat dalam.

Boat ni ada timetable. Kalau balik naik bas kena make sure naik boat pukul 4.45 pm sebab nak kejar bas terakhir ke Salzburg. Kalau balik naik train boleh ambik boat paling last pukul 6.15 pm sebab train seterusnya pukul 6.30 pm. Plan yang ideal ialah pergi naik bas dan balik baru naik train sebab boleh lama sikit kat Hallstat. Paling penting kena keep track dengan timetable bas, train dan boat.

DACHSTEIN (15 MINIT DARI HALLSTAT MARKT)

Aktiviti paling best selain ambil gambar wajib Hallstat ialah naik cable car ke Dachstein. Sampai je kat perkampungan Hallstat tu boleh terus cari bus stop dan naik bas no. 543 ke sini untuk €2.50 one way. Take note jugak timetable bas ni. Kadang-kadang dorang guna van je kalau tak ramai orang. Harga tiket masuk Dachstein €32. Kena naik cable car 2x untuk sampai paling atas. Lookout paling famous kat sini ialah 5 Fingers. Dekat sini ada Ice Cave juga dengan harga yang lain tapi tak sempat nak cover semua dalam sehari.

Nak ke sini kena pergi awal sebab bila dah nak petang keadaan berkabus kat atas tu. Dah habis round kat sini, dalam pukul 2 pm boleh la balik ke perkampungan Hallstat semula untuk jalan-jalan kat sana. Kena tengok juga weather forecast. Kalau cloudy atau hujan tak berbaloi la nak naik cable car ni sebab tak nampak apa-apa kat atas.

ITINERARY

Day 1 – KL – London
Day 2 – London – Salzburg (flight)
Day 3 – Explore Salzburg
Day 4 – Explore Hallstat (Salzburg – Hallstat – Salzburg)
Day 5 – Salzburg – Innsbruck (train)
Day 6 – Explore Innsbruck
Day 7 – Innsbruck – London (flight)
Day 8 – Explore London
Day 9 – London -KL

Pemandangan dari dalam bas.
OBB train. Sangat punctual dan senang nak beli tiket guna apps.
Boat ke perkampungan Hallstat. Ada setiap setengah jam.
Gambar wajib Hallstat. Kena jalan sikit cari spot ambik gambar ni. Dari jeti, ke kiri, naik bukit sikit.
Pemandangan Hallstat dari hujung, tempat tunggu bas.
5 Fingers Dachstein. Memang berbaloi dengan cuaca pun sunny masa ni.
Di sekitar Dachstein.
Ini bandar Salzburg. Comel je, tempat utama semuanya walking distance.

1 thoughts on “PANDUAN KE HALLSTAT

  1. דירות דיסקרטיות-israelnightclub.com says:

    Next time I read a blog, I hope that it doesnt disappoint me as much as this particular one. I mean, Yes, it was my choice to read through, but I really thought you would have something helpful to say. All I hear is a bunch of crying about something that you can fix if you were not too busy seeking attention.

Comments are closed.