F.A.Q ROADTRIP ALASKA

Macam mana nak sampai?

Dari KL ambil flight ke LA, dari LA naik flight ke Anchorage. Jangan lupa kena ada visa US (RM660). Kos tiket lebih kurang RM 4k (Philipines Airlines + Air Alaska).

Bila best nak pergi?

Aktiviti banyak masa musim panas iaitu Jun – Ogos. Tapi kebarangkalian untuk jumpa aurora sangat kecil. Paling ideal awal Sept – Mid Sept. Boleh tengok aurora dan sempat buat aktiviti kayak, cruise, hiking yang selalu akan tutup dalam Mid Sept. Cuaca masa ni pun just nice. Tak perlu bawa baju tebal sangat. Siang macam Malaysia, pagi dan malam je sejuk tapi still boleh tahan lagi.

Susah tak makan sana?

Makan senang, banyak option seafood kat restoren. Kalau nak masak ada banyak supermarket, boleh beli frozen fish, udang atau beli Alaskan Crab kat market. Subway pun ada di mana-mana.

Internet?

Beli siap-siap kat website Helo1010 untuk US & Canada. Jangan beli yg US je sebab tu tak cover Alaska. Wifi kat accommodation pun laju.

Mahal ke kos keseluruhan?

Standby rm8k – rm10k termasuk flight. Paling mahal aktiviti, harga dari RM 300 – RM 1k. Tak buat aktiviti boleh jimat lagi. Tapi rugilah dah sampai jauh-jauh. Minyak pun mahal jugak kat sini. Kereta sewa dan accommodation lebih kurang macam tempat lain je.

Susah tak drive kat sana?

Senang sangat. Pemandu berhemah, highway best, signboard clear, parking senang, ada banyak tempat berhenti tepi jalan kat highway tu. Cuma stesen minyak dan toilet tak banyak sepanjang jalan. So kena isi minyak kat bandar. Tapi bab toilet tu memang mencabar. Kalau ada public toilet pun rela tahan lagi.

Siapa nak travel solo atau malas nak drive takde hal. Ada train dan bas antara bandar utama. Scenic train agak mahal tapi tu la yang famous. View memang awesome. Nak jimat boleh naik bas je.

Selamat ke?

Hari terakhir kami masa di Anchorage kereta kena pecah kat parking lot. Boleh baca kat sini. Rupanya Anchorage ni bandar yang tak berapa selamat di Alaska berbanding tempat lain. Jangan lalai dan paling penting jangan tinggal passport dalam kereta.

Itinerary

Ni saya bagi review setiap tempat, korang susunlah sendiri ikut preferences dan minat masing-masing. 8 – 10 hari cukup dah. Advisable roadtrip ikut main highway dan bermalam kat tempat-tempat utama ni. Elak roadtrip atau bermalam kat kawasan outskirt sebab sunyi sepi dan dodgy sikit.

馃搷 Anchorage

Flight turun sini. Pick up drop off kereta sewa pun kat airport Anchorage. Town agak besar, ada Hard Rock Cafe. Banyak aktiviti kat sini tapi hari tu kami transit je. Kalau banyak masa boleh pegi Museum of Native Alaska dan tengok kapal terbang (floatplane) mendarat/berlepas kat Lake Hood.

馃搷 Denali

3 jam dari Anchorage. Town yang cantik banyak pokok autumn, sungai kecil, kedai dan cafe yang comel. Highlight kat sini naik bas pusing National Park selama 12 jam untuk tengok wildlife tapi tak berbaloi la. View kat National Park tu boleh tahan je la dan wildlife nampak tak sampai 5 ekor, tu pun masa sejam yang terakhir.

Selain tu, sini ada banyak trail untuk trekking tapi kami sempat buat Savage River Loop Trail je. Malam boleh tengok aurora tapi tak terang macam kat Fairbanks.


馃搷 Fairbanks

2 jam dari Denali. Tempat utama untuk tengok aurora. Tak banyak aktiviti kat sini. So siang tu boleh la tidur, malam berjaga tengok aurora. Tempat paling best tengok aurora kat area Chena Hotspring dan Chena Lakes. Tempat lain dekat dengan bandar ada light pollution dan banyak kereta keluar masuk. Selain tu, Walmart kat sini jual souvenirs best dan murah. Highlight lepas aurora haha


馃搷 Girdwood

Sejam dari Anchorage. Sini macam-macam ada. Highlight kat sini kayak dengan glacier, pakej sekali dengan Alaskan Train. Selain tu boleh naik cruise kat Portage Glacier dan tengok wildlife kat Conservation Centre. Puas hati tengok wildlife kat sini, tak payah kebas kaki 12 jam dalam bas kat Denali. Aktiviti lain ialah trekking di Lower Winner Creek Trail yang famous dengan hand tram.


馃搷 Seward

Sejam dari Girdwood. Sini famous dengan Wildlife Cruise boleh tengok whale etc tapi hari tu kami takde rezeki, cuaca pun tak okay sangat hari tu. Rugi jugak bayar sampai RM 700. Selain tu, kalau nak makan Alaskan Crab sinilah tempatnya. Aktiviti lain yang best sini explore town cari souvenirs, picnic tepi laut, hiking kat Exit Glacier atau trekking di Lost Lake Trail. Masa summer boleh charter boat pegi memancing salmon.


馃搷 Matanuska Glacier

2 jam dari Anchorage kalau nak buat Glacier Hiking. Hari tu kami buat yang 3 jam tak puas. Better buat yang 5 jam. Boleh combine dengan water rafting jugak tapi musim summer je.

1 thoughts on “F.A.Q ROADTRIP ALASKA

Comments are closed.