PANDUAN KE KASHMIR

Kashmir sangat tourist friendly sebab ekonomi penduduk tempatan bergantung dengan tourism. Kebanyakannya fasih berbahasa inggeris.
Kami pergi masa low season (winter) jadi kos keseluruhan agak murah. Kalau datang masa peak season (Julai – Ogos) mungkin kos lebih mahal.

ITINERARY

Day 1 – Delhi – Srinagar
Day 2 – Pahalgam (mini Swiss)
Day 3 – Sonamarg (Glacier)
Day 4 – Srinagar – Delhi
Biasanya orang lain 5 hari 4 malam, ada sehari lagi ke Gulmarg (ski & gondola). Kami 4 hari je sebab 4 hari sebelum tu kami ke Delhi & Agra.

FLIGHT & VISA

KL – Delhi kami naik Malindo (RM 600 seorang/return). Kemudian ke Kashmir (Srinagar) dengan Indigo (RM 400 seorang/return). Kami pilih Indigo sebab dah include luggage 15kg tapi kena tukar terminal. Boleh tengok jugak Air India, ada luggage & tak perlu tukar terminal.
Kalau sampai Delhi malam & flight ke Srinagar pagi seterusnya boleh stay kat airport je. Ada banyak kerusi nak tidur (tak boleh baring) & tempat nak charge phone pun ada.
Sebaiknya biar ada gap yang lama untuk flight seterusnya. Flight kami Srinagar – Delhi delay dalam 2 jam jugak tanpa notis. Nasib baik flight ke KL tu malam.
Jangan lupa buat visa India RM 180. Details kat sini

INTERNET

Kalau nak ke Kashmir je tak perlu beli simkad bila sampai Delhi sebab sampai Kashmir simkad tu tak boleh guna pun. Cari accommodation yang ada wifi.
Jangan lupa bawa adapter & extension untuk charging. Bawa extension sebab senang nak charge semua sekali.

ACCOMMODATION

Boathouse sangat terkenal di Kashmir. Nak yang murah kat area Dal Lake. Nak fancy kat Negin Lake. Kami dapat harga 1200 rupees (RM 75) 3 malam untuk triple room & private bathroom. Untuk ke boathouse tu kena naik shikara (boat).Boleh book kat booking.com. Kekurangan boathouse yang kami stay ni limited electricity & hot water. On pada masa tertentu je. Menggigil jugak bila suhu negatif. Kalau nak merasa duduk boathouse boleh la untuk 1 malam saja. Lepas tu boleh duduk kat area bandar je. Senang nak jalan-jalan kat bandar. Lagipun bila dah malam susah nak dapat boat/shikara nak balik boathouse.

TRANSPORT

  • Airport transfer
    Dari airport ke hotel boleh arrange siap-siap dengan pihak accommodation. Mereka akan tunggu dengan nama kat arrival. Kami kena charge 1200 rupees (RM 75) return. Airport ke bandar dalam 40 minit.
    Masa nak balik tu pergi ke airport awal. Airport kecik tapi banyak check point & queue panjang.
  • Sekitar bandar
    Untuk di sekitar bandar boleh naik tuk-tuk, 50 rupees (RM 3) per trip. Kalau jauh sikit dalam 10 km, 100 rupees (RM 6)
  • Sekitar Dal Lake
    Untuk ulang-alik bandar ke boathouse naik shikara 50 rupees (RM 3) per trip. Untuk pusing Dal Lake semasa sunset, kami dapat harga 150 rupees (RM 9) untuk 2 jam.
  • Pahalgam & Sonamarg
    Untuk ke tempat yang jauh boleh ambik teksi kat Tourist Taxi Stand (depan Dal Lake). Mereka dah letak harga tapi boleh runding lagi. Harga yg kami dapat hari tu 1800 rupees (RM 110) per trip. Driver teksi ni merangkap tour guide sekali. Jadi banyak info pasal Kashmir dia cerita.
    Kat Pahalgam & Sonamarg ni kena naik kuda. Harga dalam 850 – 1200 rupees (RM 52 – RM 75) seorang, tak termasuk tips.

SOUVENIRS

Hari ahad kedai banyak tutup. Pada hari-hari biasa, kedai mula buka pukul 10 am, tutup seawal 7 pm. Ada juga peniaga & kedai tepi jalan yang buka sampai 9 pm. Biasanya boleh bargain sampai half price dari harga asal tapi kalau kedai wholesale, memang dah fixed price.
Ada local market (paling murah), tourist market & floating market. Benda yang famous & murah kat Kashmir ni saffron, shawl pashmina, kehwa tea, “papier mache” & khasmiri embroidery.
Kalau nak beli fridge magnet & keychain beli dengan peniaga kat tempat naik shikara Dal Lake je, harga lebih murah dari kat kedai.

MAKAN

99% muslim jadi tak perlu risau makan. Macam-macam ada. Ada juga accommodation yang sediakan homemade food dengan bayaran tambahan. Nak jimat lagi bawa maggi & brahim, boleh masak kat boathouse.

CONTACT PERSON

Akhir kata, siapa yang nak plan awal tu boleh whatsapp je Encik Feroz ni (tengok gambar last). Dia pun ada boathouse jugak. Kami naik teksi dia untuk 2 hari. Reliable.

Salim & Azad, mereka ni tolong tarik kuda, ambik gambar etc. Dah habis trip tu kena bagi tips sikit. Kat sana semua servis kena bagi tips.
Mini Swiss Pahalgam
Sonamarg
Sonamarg
Ni public transport kat sana. Lagi murah la kalau nak try

1 thoughts on “PANDUAN KE KASHMIR

  1. דירות דיסקרטיות-israelnightclub.com says:

    Next time I read a blog, I hope that it doesnt disappoint me as much as this particular one. I mean, Yes, it was my choice to read through, but I really thought you would have something helpful to say. All I hear is a bunch of crying about something that you can fix if you were not too busy seeking attention.

Comments are closed.