10 TIPS MENGEJAR AURORA

1. Install Apps Aurora

Kekuatan aurora dikira dari KP 1 – KP 9. Masa ni cuma KP 3 je tapi dah terang boleh nampak dengan mata kasar. Dalam apps tu akan diberitahu level KP & berapa peratus awan masa tu. Ni sangat penting sebab kalau ada banyak awan, tak nampak la aurora itu. Boleh refer gambar untuk penjelasan lanjut.

Tengok percentage tu, kalau 44% ni kira banyak awan la tu. Paling afdal kalau percentage atas tu lagi tinggi dari percentage awan.
Ni KP, kalau 3 ke atas boleh nampak dengan mata kasar. Bawah dari tu, kena snap gambar baru nampak.
Biru tu location kita masa tu. Kalau ada hijau macam ni atas kawasan kita tu dah boleh gerak dah tengok aurora.

2. Tempat

Lagi jauh dari bandar lagi jelas. Selain clear sky, kita perlukan dark sky. So mesti jauh dari light pollution. Better setengah jam – sejam la dari bandar. Kalau boleh cari area tasik boleh nampak reflection. Elakkan spot yang ramai orang pegi sebab lampu kereta non-stop mengganggu. Biasanya ramai orang akan pergi tempat yang dekat. So korang pegi la tempat yang jauh sikit. Pergi tanya kat visitor centre atau research & baca travel blog sebelum trip untuk info tempat yang best.

3. Masa

Paling penting kena datang masa musim ada aurora, macam di Alaska aurora muncul hujung Ogos hingga hujung April. Pukul berapa bergantung dengan apps. Tengok aurora tu dah ada kat mana. So korang keluar bila apps tunjuk kawasan tu dah diliputi cahaya hijau (refer gambar). Tak la kena menunggu lama sangat. Ada yang start 10 pm, ada 2 am. Masa kami pergi ni paling happening pukul 2 am.

4. Tripod

Ada kamera, ada Huawei takde tripod pun tak menjadi. Tripod rendah (setengah meter) takpe asalkan berat dan stabil. Ringan sangat nanti bergerak bila ada angin. Tapi tripod berat ni selalu mahal. Kalau nak bawa yang ringan, pastikan bawa earphone sebagai shutter supaya handphone tu tak gerak bila asyik tekan & letak tripod atas kawasan yang rata. Dapat letak pemberat lagi bagus.

5. Huawei P30 Pro

Hari tu kami guna sepenuhnya Huawei P30 Pro. P20 tak power macam P30. Siapa yang suka travel tu sila invest dengan Huawei memang terbaik. Siap boleh timelapse (manual) lagi sebab dah cukup clear. Refer post ni untuk tips timelapse aurora.

Setting:

  • PRO Mode Huawei P30
  • ISO 3200, 8 seconds or ISO 1600 for brighter aurora
  • Manual timelapse 35 shots for a 10 seconds video (must have sturdy tripod)
    Location: Chena Lake, Fairbanks, Alaska
    Time: 12 am – 2 am, 9th September 2019

6. Setting

Gambar kena setting kat PRO, bukan night mode ye. ISO 1600 atau 3200. Kalau aurora terang yang boleh nampak dengan mata kasar set ke 1600. Kalau malap tu set ke 3200.
Shutter speed 6 atau 8 seconds. Kalau terang 6 seconds dah cukup. Kalau malap 8 seconds. Semua gambar ni kami guna setting ISO 1600, 6 seconds. Kalau boleh jangan ambil gambar kat satu spot je, tukar-tukar tempat & tengoklah keajaiban berlaku.

7. Pakaian

Masa di Alaska ni cuaca boleh tahan lagi, tak berapa sejuk sebab baru masuk Autumn. Jadi boleh la kami lepak lama dengan gembira. Masa ni pun memang pakai tebal jugak. Tapi kalau korang yang ke Iceland/Norway tu of course kena pakai lagi tebal.
Biar selesa sebab nak enjoy aurora ni kena kat luar berjam-jam. Rugi la dah sampai tapi tak tahan sejuk duduk dalam kereta je atau nak balik awal masuk selimut. Alang-alang bawa la selimut tu sekali haha lagi satu bawa la heat pad, memang membantu boleh panaskan tangan.

8. Kesabaran

Nama pun trip mencari aurora, jadi kesabaran tu penting. Kena bangun tengah malam, kena duduk kat luar berjam-jam, kena drive dalam gelap, kena tidur lambat. Just enjoy the moment. Tak perlu rushing, jangan give up cepat. So sebelum pergi trip macam ni memang dah kena prepare mindset tu.

9. Bergambar dengan Aurora

Of course nak jugak ada kenangan dengan aurora. Nak ambil gambar silhoutte just posing je macam biasa, dan jangan bergerak dalam 6-8 saat. Kalau nak ambik gambar depan nampak muka tu, bawa torch light kecik, suruh sorang kawan snap & lagi sorang kawan suluh di bahagian muka & badan yang nak kelihatan. Jangan suluh lama sangat nanti terlalu terang.

10. Travel Buddies

Ni bonus tips, berkait rapat dengan no 8. Ada orang dapat bergambar dengan aurora dah memadai & ada orang nak enjoy tengok aurora berjam-jam so pilihlah buddies yang sesuai. Tahap kesabaran dan kegigihan tu kena sama level baru la puas hati.
Sebelum plan trip tu interview dulu travel buddies jenis yang macam mana haha cuba tag kawan-kawan korang yang berpotensi diajak untuk trip aurora macam ni.
Okay itu saja tips dari saya yang 1st time tengok aurora ni. Photographer aurora jangan la kecam kalau ada salah dan silap (dah standby haha). Of course gambar korang jauh lagi clear & sharp hehe