10 RESTOREN HALAL TERBAIK DI MELBOURNE

BLOK M

Paling famous dengan Iga Bakar. Semua rakyat Malaysia tak kira student atau pelancong memang akan ke sini kalau ke Melbourne.

PROS: Lokasi srategik dalam city senang nak jumpa, banyak pilihan makanan, makanan cepat sampai kalau tak ramai orang, complete set dengan sup & sambal yang sedap dan portion banyak dengan harga yang berpatutan.

CONS: Iga Bakar banyak lemak, makanan lambat sampai kalau ramai orang, takde toilet, ayam penyet dan sambal hijau so-so dan tak banyak sangat meja so elak pergi masa peak lunch time.

Opening HoursSun – Wed 11 am – 9 pm
Thurs – Sat 11 am – 10 pm
Location 380 Little Bourke St, CBD
Average meal price
(click here for menu)
AUD 12 – 15
Personal favourite
Iga Bakar (AUD 15)
Similar halal restaurantsAyam Penyet Ria
Pondok Rempah
Es Teler77

PAPPARICH

Comfort food bila rasa teringin atau mengidam makanan Malaysia. Semua jenis makanan ada dari roti canai ke nasi lemak rendang ayam.

PROS: Lokasi strategik di QV (sebelah State Library), banyak pilihan makanan, air, dessert, ada banyak meja boleh duduk di dalam atau di luar, boleh bayar guna card, ada toilet, servis cepat dan boleh lepak sampai malam sebab tutup lambat.

CONS: Kena queue masa peak hour.

Opening HoursSun – Thurs 11 am – 10 pm
Fri – Sat 11 am – 11 pm
Location QV Mall, CBD
Average meal price
(click here for menu)
AUD 15
Personal favourite
Roti Canai with Chicken Curry (AUD 13.90)
Wan Tan Hor (AUD 14.90)
Chicken Rice (AUD 14.90)
Special Nasi Lemak (AUD 16.90)
Similar halal restaurantsMamak
Roti Road
Malaysian Kampung Restaurant

DOLAN UYGYUR

Makanan Mongolia yang menggunakan rempah ratus yang cukup rasa sedapnya. Famous dengan homemade fresh long hand-pulled noodles. Paling famous dengan lamb skewers yang dimakan dengan sambal cili kering.

PROS: Lokasi strategik belakang State Library, portion sangat besar 1 menu boleh makan 2-3 orang dan banyak pilihan makanan.

CONS: Staff kat depan ada seorang je dan tak friendly, ruang sempit, card minimum AUD 30, tak banyak meja so elak datang masa lunch time, takde toilet dan tutup pukul 3.30 – 5 pm dah tak boleh masuk.

Opening HoursEvery day 11.30 am – 9.30 pm
Closed 3.30 pm – 5 pm
Location 166 Little Lonsdale St, CBD
Average meal price
(click here for menu)
AUD 15 – 30
Personal favourite
Lamb Skewers (AUD 11.80)
Crispy Lamb Ribs (AUD 28.80)
All noodles
Similar halal restaurantsChinese Lanzhou Auspicious Palace
Chinger Biang Biang Noodle

UMMAH THAI

Antara Thai Food yang famous di Melbourne selain Taste of Thai. Menu banyak dan sedap. Tempat sesuai untuk makan beramai-ramai sampai kenyang.

PROS: Restoren besar, ada surau, ada toilet, ada banyak meja, portion besar, banyak pilihan makanan, teh ais sedap dan ada set lunch special AUD 11.50.

CONS: Jauh dari bandar dan kena naik kereta.

Opening HoursEvery day 11 am – 11 pm
Location 544-546 Mahoneys Rd, Campbellfield
Average meal price
(click here for menu)
AUD 15 – 20
Personal favourite
Tom Yam/Tom Kha (AUD 10)
Green Curry Chicken (AUD 15)
Thai Beef Salad (AUD 15)
Tom Yam Fried Rice (AUD 15)
Beef Pad Thai (AUD 15)
Thai Ice Tea (AUD 4)
Similar halal restaurants
(public transport available)
Ghin Thai
Taste of Thai

LAKSA BAR

Macam Blok M jugak, kalau ke Melbourne tak sah kalau tak rasa kari laksa di sini. Portion besar, semangkuk tu boleh share dua orang.

PROS: Lokasi strategik (sebelah Gami), friendly staffs, cool ambience, dan ada screen besar tayang cerita P. Ramlee.

CONS: Menu lain biasa je dan jangan datang masa lunch hour sebab sangat pack.

Opening HoursMon – Thurs 11.30 am – 9 pm
Friday 11.30 am – 10 pm
Sat 12 pm – 10 pm
Sun Closed
Location 108 Little Lonsdale St, CBD
Average meal price
(click here for menu)
AUD 12 – 18
Personal favourite
Soft shell crab curry laksa (AUD 15.90)
Similar halal restaurants
Nasi Lemak House (limited menu)

SOFIA

Restoren italian muslim di Melbourne. Kalau datang hujung minggu memang penuh. Tapi jangan risau servis tip top dan tak lama nak tunggu. Kalau ada masa datang sini hari Ahad lepas balik dari Camberwell Market. Sambil menyelam minum air.

PROS: Walaupun jauh ada train berhenti dekat dengan restoren, banyak pilihan makanan termasuk dessert, portion sangat besar untuk makan ramai-ramai, restoran besar boleh buat function, ada kek untuk birthday party, staff sangat friendly dan ada toilet.

CONS: Bising masa ramai orang, memang tak dapat nak berborak.

Opening HoursMon – Thurs 10 am – 11 pm
Friday – Sat 11.30 am – 12.30 am
Sun 11 am – 10 pm
Location 857 Burke Rd, Camberwell
Average meal price
(click here for menu)
AUD 10 – 25
Personal favourite
Meatlover Pizza (AUD 10.70)
Spaghetti Carbonara (AUD 13.90)
Ravioli (AUD 13.90)
Garlic Mussels (AUD 10.90)
Fried Calamari (AUD 24.50)
Similar halal restaurants
Intersection
Criniti’s

HIYC CAFE

Nama penuh Hume Islamic Youth Centre. Western food favourite warga Malaysia di Melbourne. Makanan sedap dengan harga yang berpatutan untuk portion yang besar dan ada banyak menu desserts untuk kanak-kanak.

PROS: Dekat dengan airport & DFO Essendon, portion besar boleh makan untuk 2 orang, restoren luas ada banyak meja, ada tempat berasingan untuk lelaki dan perempuan, surau dan playground. surau, toilet. Banyak pilihan makanan termasuk desserts.

CONS: Kena naik kereta dan self-service (kena order kat kaunter, ambil pinggan mangkuk sendiri).

Opening HoursEvery day 12 pm – 10 pm
Location 1-15 Motto Dr, Coolaroo
Average meal price
(click here for menu)
AUD 15 – 29
Personal favourite
Chicken Mushroom (AUD 22.90)
Atlantic Salmon (AUD 27.90)
Nutella Pizza (AUD 8)
Similar halal restaurants
Meat & wine

FAST FOOD

ROYAL STACK BRUNSWICK

Burger paling sedap dan juicy di Melbourne. Ada 2 branch tapi yang dekat Brunswick je halal. Ada banyak pilihan burger dan famous jugak dengan frozen custard yang sedap. Terletak di luar CBD tapi accessible dengan tram. Dah dekat dengan Balha’s Pastries dan Taste of Thai.

PROS: Dekat dengan tram stop, cool ambiance, tak ramai orang dan servis yang cepat.

CONS: Kena naik tram.

Opening HoursEvery day except Monday
11.30 am – 10 pm
Location 1/800 Sydney Rd, Brunswick
Average meal price
(click here for menu)
$12 – $15
Personal favourite
The King (AUD 15.50)
Miss Elizabeth (AUD 11.50)
Cheey Gems (AUD 8.50)
Similar halal restaurants
Ribs & Burgers
Betty’s Burgers

THE CORNER CHICKEN SHOP

Kedai wajib makan di Queen Victoria Market sambil shopping. Boleh order ayam sahaja atau ambil dengan gravy dan fries.

PROS: Selalu dihidang panas-panas, harga murah dan mengenyangkan.

CONS: Kena pandai cari meja makan dekat public place sebab kedai ni takde kerusi meja sendiri.

Opening HoursEvery day 12 pm – 10 pm
Location Queen Victoria Market
Average meal price
(click here for menu)
AUD 3.50 – 8
Personal favourite
Fried Chicken Ribs (AUD 3.50)
Similar halal restaurants near
Queen Victoria Market
Boreks

CBD KEBAB

Kebab di Australia sangat berbeza dengan yang dekat Malaysia. Dagingnya juicy dan ada banyak jenis sos. Menu paling viral ialah Halal Snack Pack iaitu gabungan fries dan daging seperti gambar di bawah. Ini ialah definisi kedai mamak kat sini.

PROS: Portion besar, sedap dan harga berpatutan.

CONS: Kadang-kadang kena queue sampai luar dan takde meja makan. Biasa orang tapau je lepas tu lepak makan di Federation Square.

Opening HoursEvery day 12 pm – 10 pm
Location Queen Victoria Market
Average meal price
(click here for menu)
AUD 3.50 – 12
Personal favourite
Halal Snack Pack (AUD 12)
Similar kebabs
Viva Kebab
Queen’s Kebab

BONUS

Selain tempat di atas, kalau korang nak makan nasi campur boleh ke Salero Kito Padang, Nelayan dan Norsiah Kitchen. Salero Kito Padang dan Nelayan ni makanan Indonesia terletak Bourke St, CBD. Norsiah Kitchen pula ialah makanan Singapore dan Malaysia, kena naik tram ke Lincoln Square atau jalan kaki dalam 15 minit dari city.

BACA: